CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

Dua minit paling manis, bermakna buat Safee

[Copy link]
Post time 23-10-2022 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Dua minit paling manis, bermakna buat Safee



Pemain KL City FC, Safee Sali. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan


KUALA LUMPUR: Meskipun hanya beraksi kira-kira dua minit di pentas akhir Piala AFC 2022, namun ia amat bermakna buat penyerang berpengalaman KL City FC, Safee Sali.

Masuk sebagai pemain gantian pada masa kecederaan (minit ke-92) ketika berdepan Al Seeb di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi membolehkan Safee mencipta rekod sebagai pemain Malaysia pertama beraksi di dua final Piala AFC.

Walaupun KL City tewas 0-3 di tangan Al Seeb, namun pemain veteran berusia 38 tahun itu tetap berbangga dengan pencapaian City Boys yang menjadi pasukan kedua dari Malaysia mara ke final kejohanan itu selepas Johor Darul Ta'zim (JDT).

Malah, Safee turut menyifatkan satu penghormatan besar buat dirinya apabila turut diberi peluang untuk beraksi di pentas akhir kejohanan peringkat Asia itu buat kali kedua selepas bersama JDT pada 2015.

"Satu pencapaian yang baik dalam karier saya, dua kali berada di final Piala AFC dan belum ada pemain (Malaysia) yang melakukannya.

"Saya berasa bangga apabila diberi penghormatan bermain pada malam ini (tadi). Terima kasih kepada Bojan Hodak (ketua jurulatih) dan pasukan KL City.

"Kini saya dapat dua medal (final Piala AFC), satu menang dan satu naib johan, satu-satunya pemain malaysia mempunyai dua medal," katanya.

KL City yang menaruh impian untuk menyamai pencapaian JDT menjulang Piala AFC pada 2015 bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan Al Seeb yang dilihat beraksi lebih baik.

Kemenangan kelab Oman itu dibantu dengan jaringan Ali Al Busaidi pada minit ke-22, Abdulaziz Al Muqbali (minit-37) dan Muhsen Al Ghassani (minit-69).

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... bermakna-buat-safee

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.257137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list