CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

Mari dibenarkan keluar hospital

[Copy link]
Post time 31-10-2022 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Mari dibenarkan keluar hospital


MARI dibenarkan keluar dari hospital selepas ditikam di pasar raya. FOTO Reuters


Milan: Pemain Arsenal yang dipinjamkan ke Monza, Pablo Mari dibenarkan keluar hospital selepas ditikam dengan pisau di salah sebuah pasar raya di Itali.

Pertahanan Sepanyol berusia 29 tahun itu, yang dipinjamkan kepada kelab Serie A, Monza, menjalani pembedahan di hospital Niguarda Milan kerana kecederaan belakang yang dialami ketika membeli-belah bersama isteri dan anak lelakinya.

Dalam satu kenyataan, kelab Serie A, Monza berkata bahawa Mari "sudah pulang dan kini akan memulakan tempoh rehat sepenuhnya".

Mari adalah salah seorang daripada beberapa mangsa yang diserang di pasar raya Carrefour di Assago, oleh seorang lelaki yang mengalami masalah psikologi dan membunuh seorang lelaki selepas mengambil pisau dari rak.

Empat orang lagi cedera dan pelaku berusia 46 tahun ditahan polis, selepas senjatanya diragut bekas pemain pertahanan Napoli dan Inter Milan, Massimo Taranto.

Ketua eksekutif Monza, Adriano Galliani meminta agar perlawanan dengan Bologna ditangguhkan tetapi ia tetap akan diadakan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-keluar-hospital

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list