View: 426|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
5 tahun terpisah, maut menemukan mereka
[Copy link]
|
|
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah kedai di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang. FOTO Ihsan Bomba
Kuala Pilah: Dua beradik akhirnya bertemu semula selepas lima tahun berpisah, namun pertemuan mereka hanya menerusi perkhabaran duka selepas si adik maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.20 pagi itu, Nuratika Arshad, 27 dan anaknya Muhammad Daeng Andi Makita Nuh Annas Andri, 3, maut dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini.
Suami Nuratika berusia 30 tahun dan tiga lagi anaknya yang berusia lima hingga lapan tahun selamat dan menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, di sini.
Syaharuddin Arshad, 34, abang sulung kepada Nuratika berkata, dia memang mencari adik perempuannya itu dalam tempoh lama, namun gagal menemui Allahyarham.
"Kami berasal dari Semporna Sabah. Enam daripada 10 beradik termasuk arwah merantau ke Semenanjung, namun kali terakhir kami bertemu pada 2016 dan selepas itu arwah serta suaminya tidak dapat dihubungi.
"Kami sudah lama mencari arwah termasuk membuat hebahan di sosial media pada 2017 tetapi tiada maklumat diperoleh sehingga kami mendapat berita mengenai kemalangan ini yang tular di laman Facebook," katanya.
Syaharuddin berkata, Nuratika yang sudah berumahtangga mempunyai empat orang anak berusia tiga hingga lapan tahun, malah kejadian itu turut mengorbankan kandungan adiknya yang berusia enam bulan.
"Jenazah adik dan anak saudara akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan selepas proses bedah siasat dan hal berkaitan di sini selesai," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Pilah.
"Apabila sampai di tempat kejadian kereta yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.
"Akibatnya, dua penumpang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu mengalami kecederaan patah kaki kiri dan tiga penumpang yang lain mengalami kecederaan ringan.
"Mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke HTAN untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-menemukan-mereka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|