CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Johor] Pasangan tunang mahu kumpul kahwin dijerat scammer

[Copy link]
Post time 31-10-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Empat mangsa sindiket penipuan pekerjaan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik sampai di Johor Bahru semalam. – RAJA JAAFAR ALI




JOHOR BAHRU – Mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja mendedahkan pergerakan mereka dipantau setiap masa, termasuklah ketika mahu keluar untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Seorang mangsa, Wani, 30, berkata, pada mulanya dia ditawarkan untuk bekerja di Kemboja sebagai pekerja pembersihan di kasino dengan bayaran gaji AS$1,000 (RM4,722) sebulan.

Katanya, dia bersetuju untuk menerima tawaran kerja itu bagi mengumpulkan duit bagi persiapan perkahwinannya.

“Saya dan tunang menerima tawaran pekerjaan ini, namun terperanjat apabila dipaksa menjadi scammer dengan menipu orang tempatan untuk membuat pelaburan wang digital.

“Jika enggan bekerja, mereka meminta kami bayar RM15,000 untuk pulang ke Malaysia,” katanya di sini semalam.

Salwani berkata, sepanjang berada di sana, mereka dikurung di sebuah bangunan yang juga pusat penginapan dan operasi sindiket tersebut.

Ujarnya, sepanjang tempoh tiga bulan di sana, dia hanya menerima sekali bayaran iaitu sebanyak AS$400 (RM1,888).

“Mangsa sindiket juga terdiri daripada pelbagai warganegara termasuklah Malaysia, Indonesia, China dan India,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa, Moha­mad, 34, memberitahu, kesemua mangsa ditempatkan di dalam sebuah hotel yang dijadikan pusat operasi sindiket di Kampung Sok, Phnom Penh, Kemboja.

“Apabila sampai di lokasi, pekerjaan yang ditawarkan indah khabar dari rupa. Bulan pertama dan kedua saya hanya terima separuh gaji iaitu AS$500 (RM2,300) sebulan, selebihnya langsung tidak dapat kerana gagal memenuhi sasaran.

“Mereka meminta kami menarik pelaburan wang digital sebanyak RM7,500 seminggu dan jika gagal akan dipaksa bekerja lebih masa sehingga lewat tengah malam.

“Ketika di sana, kami memang tidak membantah kerana ada mangsa yang diacu pistol, dipukul dan dimaki,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... in-dijerat-scammer/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list