CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Isteri keguguran cari suami tak pulang

[Copy link]
Post time 31-10-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode

AZRULNIZAM hilang sejak 20 Oktober lalu dan gagal dihubungi sehingga kini. FOTO ihsan pembaca

Seremban: Seorang lelaki hilang tanpa berita sejak 20 Oktober lalu selepas keluar bekerja menyebabkan isterinya kini resah memikirkan nasib menimpa suaminya itu.

Memburukkan lagi, Ziela Shafina Resely, 35, mengalami keguguran selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika ke rumah ibu mentuanya di Pekan, Pahang, untuk mencari lelaki itu.

Azrulnizam Mohamed Rashid, 47, juga gagal dihubungi dan kali terakhir berhubung dengan Ziela Shafina pada 21 Oktober lalu yang memaklumkan akan pulang ke rumah.


Adik angkat pasangan itu, Khairulnajiha Fadjar Marta, 26, berkata, Ziela Shafina kini dalam keadaan tertekan dan fikirannya terganggu disebabkan keadaan itu.

"Abang keluar bekerja pada malam 20 Oktober lalu sebagai polis bantuan di sebuah bank di Bandar Seremban. Dia menaiki motosikal jenis Modenas Kriss nombor pendaftaran CEF 5630.

"Bagaimanapun, rakan sekerjanya memaklumkan abang keluar dari tempat kerja kira-kira jam 1 pagi dan tidak kembali. Kakak menghubung abang kira-kira jam 6 petang dan memaklumkan dia berada di rumah ibunya di Pekan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khairulnajiha berkata, selepas itu abangnya gagal dihubungi, malah telefon bimbitnya juga ditutup sebelum mereka berdua memutuskan untuk ke rumah ibu mentua kakaknya dan bertolak ke Pekan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

"Ketika dalam perjalanan kami terbabit kemalangan dengan seekor lembu di kawasan gelap. Dengan keadaan kereta yang rosak, kami meneruskan perjalanan.

"Ketika berada di pekan, ibu mentua memaklumkan abang sudah pulang ke Seremban sebelum kami bertolak pulang semula ke sini. Keesokan harinya kakak mengalami pendarahan ketika mandi dan disahkan keguguran," katanya.

Menurutnya, mereka sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan abangnya itu dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Azrulnizam supaya menghubunginya di talian 0183144686.

"Kakak saya sudah buntu untuk mencari abang dan menanti kepulangannya, malah dengan keadaannya yang baru mengalami keguguran, dia memerlukan sokongan moral daripada lelaki itu memandangkan itu adalah anak pertama mereka.

"Saya merayu kepada semua pihak termasuk kepada keluarga sebelah abang supaya memaklumkan keadaannya. Kami tidak tahu apa yang berlakunya kepadanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ri-suami-tak-pulang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.044309 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list