View: 15906|Reply: 19
|
tolong terangkan maksud mimpi aku ni..
[Copy link]
|
|
Salam..
penah x korang mimpi pasal orang yang dah meninggal dunia (e.g : ahli keluarga) dia x cakap apa pun tapi dia ajak ikut dia?? apa maksud mimpi tu?? ada orang ckp umur kita pendek dan kemungkinan besar mungkin kita akan mengikuti jejak langkah dia..btul ke?? bleh x korang bagi pendapat korang?? |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm....biasa nya kalo kita bercakap ngan org yg dah tak de dalam mimpi ustat kata saitan tu...tapi wallahu'alam la...
mungkin seelok3nya awak sedekahkan al-Fatihah atau Ya'asin pada arwah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu tandanya rindu. Samada awak merinduinya atau orang yang telah mati itu merindui awak dengan maksud merindui amal soleh dan doa2 dari ahli keluarganya yang hidup.
Tafsir mimpi seperti pendek umur adalah sebahagian perkara2 yang boleh membawa kepada syirik. Sebabnya kita percaya dengan petanda maka ajal kita pendek sedangkan yang selayak-layaknya menentukan ajal adalah Allah Taala. Umur dan ajal kita sudah ditentukan dan mengingati mati adalah perkara yang dituntut oleh syara'. |
|
|
|
|
|
|
|
sedekah kan Fatihah kt dia
or maybe u dah lama x sedekahkan kt dia......
cuba buatla tahlil utk arwah.....
soal ajal sumenyer ketentuan Allah.......
jgn krn mimpi kita percaya.......
tp tanda2 nk mati yg ada dlm hadith nape x pecaya.......
jgn risau2 sgt....... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu tandanya rindu. Samada awak merinduinya atau orang yang telah mati itu merindui awak dengan maks ...
te_peng Post at 16-10-2010 08:39
yup..selalu dengar org cakap mcm ni..
ada juga yg cakap, kalau mimpi arwah bercakap dgn kita (ada suara) - itu gangguan syaitan
tapi kalau dlm mimpi tu, arwah tak bercakap, ada sesuatu yg nak dia sampaikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi ni banyak berkait dengan roh. Jadi perkara roh secara mendalam tiadalah yang mengetahui sedalam2nya kecuali Allah. Namun kita boleh merujuk kisah2 terdahulu spt dalam kitab atau diceritakan oleh ulama sebagai batu asas dalam memahami disebalik makna tersirat.
Satu kisah berkenaan mimpi dialami saya sendiri, bermimpi berjumpa ibu saya. Ketika itu ibu saya baru seminggu meninggal sedang saya berada jauh. Ketika itu hati saya teramat rindu dan menyesal. Akhirnya bermimpi ibu berpakaian serba putih dibelakang ada jemaah berpakaian putih seperti sedang bersiap sedia hendak ke Mekah. Lalu ibu saya mengajak saya turut serta bersamanya. Saya menjawab mak pergi dululah, saya masih belum nak pergi. Mak saya kata, kalau begitu takpelah mak pergi dulu yer.
Apa yang rasa ketika itu adalah saya bersyukur kerana Allah memberi petanda bahawa ibu saya ditempatkan bersama orang2 soleh dan sempat melepas rindu. Jikalau alamat buruk sudah tentu keadaan ibu saya menangis, atau berpakain comot dan sebagainya. Itulah kisahnya sebagai iktibar. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia x bercakap dia just mcm ajak ja..pakaian x ingat lak mcmn..cuma asik teringat je mimpi tu..setakat ni dah dua kali mimpi yg sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. tu tanda dia mintak doa dan amalan dari awak... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
penah x korang mimpi pasal orang yang dah meninggal dunia (e.g : ahli keluarga) dia x cakap ...
missymia Post at 16-10-2010 00:36
itu tandanye die mintak awk sedekah kan al fatihah dan yasin..
mungkin awk dah lama tak sedekahkan kot..
be positive jela..takde pape tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
yes... u rite... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# kenesep
sapa?mel kaa?? |
|
|
|
|
|
|
|
siapa lagi yg punya hujah mantap seperti mel.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# kenesep
ya kaa??malu aii... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# melinda_gordon
yeah... that's why there are few people admire yo... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# kenesep
owh..terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
klw mimpi kawen apa lak maknanya???????? |
|
|
|
|
|
|
|
klw mimpi kawen apa lak maknanya????????
budaksepi Post at 19-10-2010 13:05
meaning gatai kot..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam Jami' As-sahih Imam Bukhari, beliau telah memperuntukkan satu tajuk khusus mengenai mimpi di bawah tajuk 'Kitab At-Ta'bir. Beliau telah mengemukakan 99 hadith mengenainya. Antaranya ialah:
Hadith dari Abi Qatadah:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, manakala mimpi yg bukan2 pula drpd syaitan. Sesiapa di kalangan kamu bermimpi melihat sesuatu yg dibencinya, hendaklah ia ludah ke sebelah kirinya sambil memohon perlindungan Allah, nescaya syaitan tidak dapat memudaratkannya."
Hadith dari Abu Said Al-Khudri:
"Apabila salah seorang drpd kamu bermimpi dgn mimpi yg disukainya, ia dari Allah kerana itu hendaklah ia memuji Allah dan sunat memberitahu kpd org lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dgn mimpi yg dibencinya, ia dari syaitan. Hendaklah ia berlindung dari ALlah dari kejahatan dan tidak menceritakannya kpd org lain. Mimpi itu tidak dapat memudaratkannya."
Disebabkan pihak yg bermimpi di atas adalah org kebanyakan/org awam, maka penerangan saya menjuruskan mimpi org awam, dan bukan mimpi nubuwwah.
Mimpi hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran
Pertama: Mimpi yg baik hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita2 amaran bagi memantapkan lagi hati org mukmin dan menguatkan lagi semangat mereka. Ia bukanlah satu dadah yg boleh diambil olh sesetengah
mereka yg bersifat negatif utk dijadikan sumber pergantungan yg rapuh, melarikan diri dari realiti, enggan berjihad, dan enggan berdepan dgn kezaliman dan kegelapan.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak pernah melihat mimpi lebih dari berita-berita yg menggembirakan, setelah itu mereka terus menggerakkan strategi dan jihad melalui jalan yg telah dirancang, tanpa sedikitpun merasa lemah, berat apatah lagi utk mencuaikan sunnah-sunnah Allah.
Kedua: Mimpi tidak boleh diambil kira sbg hujjah syarak dan tidak boleh dijadikan hujjah bagi menunjukkan harusnya melakukan atau meninggalkan sesuatu. Begitu juga ia tidak boleh diambilkira bagi menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunnat. Ini adalah kerana bbrp sbb yakni:
* Syarak telah menetapkan dalil-dalil yg menjadi sumber hukum hanyalah Al-kitab, as-sunnah, ijmak dan qiyas yg sah.
* Sumber mimpi adalah berbagai2; ada yg datang dari Tuhan yg Maha Pemurah, ada yg datang dari nafsu, dan ada yg datang dari bisikan syaitan. Maka, krn tidak dapat membezakan mimpi yg manakah datang dari Allah, dari nafsu atau bisikan syaitan, tidak boleh mimpi dijadikan sbg hujjah syarak. Sebagaimana yg disabdakan olh baginda S.A.W: "Mimpi ada 3 jenis: mimpi datang dari ALlah, mimpi kesedihan yg datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi."
* Org yg tidur bukanlah ahli utk menanggung sesuatu beban. Ia tidak terjamin dapat mencatatkan apa yg ada dlm mimpi, kerana itu hukum taklif diangkat darinya.
* Kebanyakan mimpi berlaku di sebalik zahirnya. Ia biasanya merupakan lambang-lambang dan isyarat2 yg tidak mampu diselami kecuali segelintir manusia shj spt Nabi Yusuf A.S. Siapa dari kalangan manusia biasa yg mampu menta'birkan mimpi raja mesir yg melihat lembu kurus menelan lembu gemuk dan tangkai2 gandum sebagaimana yg dlakukan oleh Yusuf A.S
Persoalan mimpi oleh Imam As-Syatibi di dlm kitab Al-I'tisam
Selemah-lemah hujjah golongan ahli bid'ah ialah hujjah yg menyandarkan amalan-amalan mereka kpd mimpi. Mereka menerima dan menolak sesuatu berasaskan mimpi. Mereka menegaskan mereka bertemu dgn orang salih. Ia
berkata kpd kami: "Tinggalkan ini, amalkan yg ini." Perkara ini banyak berlaku kpd kelompok yg suka mengikuti resam sufi. Kadang2 sesetengah mrk mendakwa: "aku bermimpi bertemu dgn Rasulullah S.A.W: baginda bersabda kpdku begini2, baginda memerintahka kpdku begini2, lalu beramal ia beramal dgn apa
yg dimimpinya itu tanpa melihat kdp batas2 yg telah ditetapkan oleh syarak. Org seumpama ini jelas tersalah langkah kerana mimpi selain drpd nabi S.A.W tidak mensabitkan sebarang hukum2 syariat. Jika hukum2 syariat mengharuskan,
bolehlah ia mengamalkannya. Jika tidak, wajib ditinggalkan dan berpaling darinya. Faedah mimpi hanyalah menunjukkan berita2 yg menggembirakan sahaja atau amaran secara khusus. Sebaliknya, faedah hukum hakam tidak begitu
sebagaimana yg dinukilkan olh Al-Kinani. Katanya: Aku bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, sila doakan kpd Allah supaya tidak mematikan hati aku. Sabda baginda (di dlm mimpi tersebut):
"Ucapkanlah setiap hari sebanyak 40 kali kalimah -Ya hayyu ya qayyum la ila ha illa anta-." Ini adalah satu ucapan yg baik dan tidak diragui kesahihannya. Keberkesanan zikir menghidupkan hati yg mati adalah benar di sisi syarak.
Bagaimana mengetahui samada mimpi itu berita menggembirakan/amaran atau mimpi nafsu dan syaitan?
Garis panduan ini telah ditunjukkan olh Al-Allamah Ibn Qayyim. Ujar beliau: " Kebenaran mimpi bergantung kpd sejauh manakah benarnya org yg bermimpi itu sendiri. Org yg paling benar mimpinya ialah org yg paling benar percakapannya."
Al-Qardhawi menambahkan kenyataan Ibn Qayyim: "Hendaklah ia sentiasa bersifat benar, memakan makanan halal, menjaga segala suruhan dan larangan, tidur dlm keadaan suci sambil mengadap kiblat dan dlm berkeadaan zikir kpd Allah sehingga lena."
kopipess dari Bincang.Net |
|
|
|
|
|
|
|
meaning gatai kot..haha
missymia Post at 22-10-2010 11:50
gatai garu la.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|