View: 362|Reply: 0
|
[Johor]
12 kawasan panas di Johor
[Copy link]
|
|
DATUK Kamarul Zaman Mamat meninjau pusat penamaan calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Polis Johor mengenal pasti 12 kawasan panas daripada 26 Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata antaranya ialah Parlimen Muar dan Segamat.
Katanya, pemantauan dan penguatkuasaan akan digandakan di kawasan panas yang dikenal pasti.
"Untuk PRU15 ini, Polis Johor menempatkan seramai 3,800 pegawai dan anggota akan ditempatkan di seluruh Johor membabitkan semua 26 Parlimen untuk jaga keamanan sepanjang tempoh kempen, termasuk hari penting iaitu penamaan calon dan hari mengundi.
"Berdasarkan pengalaman, lokasi panas yang kita kenal pasti antaranya Muar dan Segamat.
"Saya percaya penyokong semua parti sudah matang dan boleh berfikir dari melakukan tindakan bersifat provokasi," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, tinjauan pihaknya juga mendapati perjalanan proses penamaan calon di seluruh negeri ini, pada ketika ini berjalan lancar dalam suasana hujan dan mendung.
"Cuaca di Johor hari ini mendung dan ada tempat yang hujan, jadi saya nasihatkan kepada semua khususnya calon dan penyokong-penyokong setiap parti politik untuk bersabar dan kekal tenang.
"Permit untuk mengadakan ceramah bermula hari ini juga sudah boleh dipohon, polis akan bantu setiap parti politik untuk mendapatkan permit yang diperlukan.
"Apa yang penting adalah setiap parti politik mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan untuk mengadakan kempen. Antaranya jarak lokasi ceramah kempen yang tidak terlalu dekat," katanya.
Dalam lawatan berkenaan, Kamarul Zaman turut meluangkan masa untuk bertemu dengan beberapa calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Pulai antaranya Datuk Nur Jazlan Mohamed (Barisan Nasional), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan) dan Loh Kah Yong (Perikatan Nasional).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asan-panas-di-johor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|