View: 364|Reply: 0
|
[Johor]
Kes khianat: Polis cari suspek masih bebas
[Copy link]
|
|
LAPORAN Harian Metro
Pasir Gudang : Polis masih mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes khianat merosakkan kenderaan di sebuah stesen minyak dekat Kota Masai, Taman Kota Masai di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, selepas tangkapan pertama seramai tiga orang pada kelmarin, polis berjaya menahan enam lagi individu pada hari yang sama.
"Sehingga kini, jumlah tangkapan adalah seramai sembilan orang. Tiada tangkapan baharu hari ini, namun kami masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, sembilan suspek yang ditahan berusia antara 16 hingga 41 tahun itu mendapat perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa.
"Siasatan ke atas sembilan suspek itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum dimaklumkan tujuh daripada mereka akan dituduh di mahkamah esok.
"Semua (sembilan suspek) masih dalam tahanan reman. Siasatan ke atas mereka sudah selesai dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
"Tujuh daripada sembilan suspek itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya.
Kelmarin, tular di media sosial beberapa video memaparkan sekumpulan lelaki merosakkan sebuah kereta dipercayai Perodua Myvi.
Dalam video terbabit kelihatan kenderaan itu turut diterbalikkan dan berlaku pelbagai kerosakan pada kereta berkenaan.
Mohd Sohaimi sebelum ini melaporkan kekecohan itu berlaku selepas kemalangan jalan raya antara sebuah kereta dan sebuah motosikal penghantar makanan.
Katanya, pemandu kereta mendakwa selepas kemalangan itu, datang sekumpulan individu tidak dikenali merosakkan dan menterbalikkan keretanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -suspek-masih-bebas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|