CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRU-15: 'Mana bukti saya pakat dengan Zahid?' - Anwar

[Copy link]
Post time 7-11-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: 'Mana bukti saya pakat dengan Zahid?' - Anwar

Nur Izzati Mohamad
[email protected]





Butterworth: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah berpakat mahupun berunding dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata, dakwaan itu tercetus apabila ia dimulakan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun katanya, beliau menafikan dakwaan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai fitnah memandangkan tidak pernah langsung berlaku sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.

"Bila yang saya runding dengan Zahid? Bila yang saya kata saya nak pakat dengan Zahid? Mana bukti dia?", katanya secara berseloroh ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Abdul Hadi dalam satu kenyataan mendakwa wujud satu muslihat antara Umno serta BN dan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU-15.

Kenyataan sama turut dikeluarkan Muhyiddin yang mendakwa terdapat kemungkinan wujud kerjasama antara kedua-dua pemimpin itu selepas pilihan raya bagi membentuk kerajaan.


Disiarkan pada: November 7, 2022 @ 8:09am



Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada majlis ramah mesra di dewan MPKK Bukit Belah di sini. FOTO DANIAL SAAD





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2022 02:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070618 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list