CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Cikgu Ravinder bersenam 30 minit sebelum keluar berkempen

[Copy link]
Post time 7-11-2022 05:12 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Cikgu Ravinder bersenam 30 minit sebelum keluar berkempen

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



RAVINDER dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) ketika ditemui di Batu Maung, melakukan persiapan sebelum keluar berkempen.FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Bersenam selama 30 minit setiap pagi selain mengamalkan pemakanan sihat, menjadi rahsia kesihatan calon Parlimen Bayan Baru daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ravinder Singh, 80.

Malah, pesara guru itu turut aktif dalam aktiviti pendakian bukit sekitar Permatang Damar Laut di sini, pada setiap hujung minggu bagi menjaga kesihatannya.

Ravinder berkata, ketika mengambil keputusan bagi menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau menerima banyak maklum balas positif dan negatif mengenai pembabitannya dalam politik.

Katanya, bukan sahaja menerima panggilan bertalu-talu daripada bekas anak murid malah isterinya Anabella Manoranjitham, 68, juga tidak menyangka dengan keputusan itu.

"Pada hari penamaan, difahamkan saya adalah calon yang paling tua yang bertanding di negeri ini manakala calon lain bagi kerusi itu berusia antara 30 hingga 40-an.

"Pelbagai persepsi dan pandangan yang saya terima dan menganggap usia saya sudah tidak sesuai bagi menyertai politik selain sudah 'tak larat' hendak berkempen .

"Ternyata sangkaan mereka silap kerana 'orang tua' ini banyak pengalaman, jadi beri saya peluang dan saya akan tunjukkan mereka cara hendak buat kerja," kata datuk kepada empat cucu itu ketika ditemui di Batu Maung di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ravindren berkata, dua anaknya yang bekerja sebagai jurutera dan di bahagian keselamatan bagaimanapun tidak berminat bagi menyertai politik.

"Soalan yang diajukan isteri dan anak ialah kenapa saya tidak mahu menikmati 'alam pencen' serta mahu terus bekerja pada usia ini?

"Usaha saya ini adalah untuk semua, sudah tentu kepada generasi akan datang. Pada baju parti, saya turut sematkan tanda nama (nametag) yang saya pakai sejak bergelar pendidik, sebagai penguat semangat," katanya.

Kerusi parlimen itu menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Pakatan Harapan (PH) Sim Tze Tzin yang juga penyandang, Saw Yee Fung dari Barisan Nasional (BN), Oh Tong Keong (Perikatan Nasional), Jeff Ooi (Warisan) dan Kan Chee Yuen (Bebas) selain Ravindren.

Ravindren yang juga guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris juga pernah bergelar penolong kanan sekolah dan pensyarah sebuah maktab di Sungai Petani Kedah.

Selepas bersara pada tahun 1993, Ravindren mengambil peluang belajar undang-undang serta aktif sebagai aktivis bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sejak 20 tahun lalu.

Katanya, ketika bersama CAP, hampir saban hari Ravindren menerima pelbagai aduan daripada masyarakat dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

"Berdasarkan pengalaman menerima aduan itu, terdapat beberapa perkara yang akan saya utamakan jika dipilih menjadi pemimpin seperti isu pendidikan, pembangunan, jenayah membabitkan rasuah, tambakan laut, alam sekitar, politik dan lain-lain lagi," katanya.


Disiarkan pada: November 7, 2022 @ 4:33pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.031392 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list