View: 383|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
PRU-15: Hajat Orang Asli pada calon PRU Kuala Pilah !
[Copy link]
|
|
Pital Tunggal yang ditemui di kediamannya. Foto Ahmad Hasbi.
Kuala Pilah: Melihat kedaifan rumah didiami ramai penduduk Kampung Orang Asli Guntur, di sini, membuatkan penghuninya mengidamkan wakil rakyat yang mampu membawa kemajuan kepada komuniti berkenaan.
Penduduk, Pital Tunggal, 61, berkata, rumah yang didiaminya kini dibina sendiri daripada buluh dan papan lebihan binaan rumah anaknya.
"Kami bukan menolak kemajuan, malah mahu kemajuan dikecapi seperti rakyat Malaysia lain. Namun masih ada rumah penduduk dalam keadaan daif dan hampir roboh.
"Sebelum ini sudah beberapa kali saya membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan termasuk kediaman yang lebih selesa, namun gagal. Dengarlah suara kami di perkampungan Orang Asli," katanya semalam.
Pital berkata, dia bersama isteri berusia 59 tahun masih lagi memasak menggunakan kayu api yang dikutip setiap hari.
"Saya mempunyai sembilan anak dan membesarkan mereka di rumah ini sejak 40 tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.
Kampung Orang Asli Guntur di bawah Parlimen Kuala Pilah menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Calonnya membabitkan Kamarulzaman Kamdias (Pejuang), Datuk Eddin Syazlee Shith (PN), Datuk Azman Idris (Warisan), Nor Azman Mohamad (PH) dan Datuk Adnan Abu Hassan (BN).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK), Adnan Sulak, 56 berkata, penduduk akan memilih calon yang diyakini dapat membawa kemajuan ke kampung itu.
Katanya, penduduk di kawasan itu rata-rata sudah serik dengan janji palsu segelintir wakil rakyat dan akan melihat calon dan parti yang diyakini serta terbukti dapat menjalankan tugas dengan baik.
"Kami masyarakat Orang Asli juga inginkan pembangunan dan manfaat untuk jangka panjang. Dengarkan luahan dan masalah kami seperti penduduk negara ini yang lain.
"Walaupun sudah masuk ke 2022, masih ada penduduk yang tinggal dalam keadaan daif dan miskin, namun tidak dibantu dengan sewajarnya. Jadi pada kali ini kami akan memilih calon yang tidak meminggirkan kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lon-pru-kuala-pilah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|