CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kedah] PRU-15: Masalah bekalan air, banjir kilat jejas imej Alor Setar

[Copy link]
Post time 9-11-2022 01:51 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Alor Setar: Kerajaan negeri diminta sama membantu menyelesaikan masalah bekalan air dan banjir kilat yang semakin kerap melanda hingga menyusahkan penduduk sekitar bandar raya ini sejak beberapa tahun lalu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Alor Setar, Tan Chee Hiong, berkata dua masalah yang terus berlarutan itu, turut menjejaskan imej bandar raya ini sebagai pusat pentadbiran negeri jika tidak diselesaikan segera.

"Isu paling utama kita hadapi adalah isu bekalan dan tekanan air rendah di perumahan sekitar bandar raya ini yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan sehingga mengundang rungutan penduduk.


"Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sudah mengumumkan peruntukan untuk menaik taraf sistem bekalan air di Kedah termasuk menyediakan empangan baharu bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Namun, kerajaan negeri harus bersama-sama dalam mempercepatkan proses menyelesaikan masalah bekalan air ini, jangan serah semua kepada Perdana Menteri," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Chee Hiong berkata, pada masa sama bandar raya ini berdepan masalah banjir kilat akibat daripada sistem saliran tidak lancar yang tersumbat kerana tidak diselenggara dengan baik.

"Dahulu banjir hanya terjadi di kawasan berdekatan sungai tetapi kini setiap kali hujan lebat, kerap berlaku banjir kilat di kawasan yang tidak pernah dinaiki air menyebabkan penduduk risau kerana isu ini boleh mengundang masalah sampingan.

"Di Taman Wira berlaku masalah longkang tersumbat, air tak dapat mengalir keluar.

"Akibatnya, sehingga Ogos lalu sahaja terdapat lebih 100 kes demam denggi dilaporkan kerana berlaku pembiakan nyamuk aedes sekitar perumahan itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jas-imej-alor-setar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list