|

ANGGOTA APM Kota Setar melakukan persediaan bagi menghadapi banjir. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Alor Setar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah akan menempatkan 200 anggota untuk bertugas ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini.
Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Awang Askandar Ampuan Yaacob berkata, jumlah itu tidak termasuk 1,010 petugas yang bersiap sedia ketika Monsun Timur Laut (MTL).
Beliau berkata, 15 petugas APM akan ditempatkan di bilik gerakan di setiap daerah.
"Mereka ditugaskan untuk memberi bantuan sekiranya ada kes kecemasan ketika proses mengundi berlangsung atau jika berlakunya banjir pada waktu itu," katanya ketika ditemui di pejabat APM negeri, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Awang Askandar berkata, dalam keadaan fasa Monsun Timur Laut yang bermula kelmarin, pihaknya sudah membuka Pusat Kawalan Bencana Daerah APM di Kota Setar sebagai persediaan menghadapi banjir di negeri ini.
Beliau berkata, selain itu, 357 kawasan 'hot spot' banjir di negeri ini juga dikenal pasti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu 91 kawasan di Baling diikuti 49 kawasan di daerah Kota Setar, 46 kawasan di Kulim, 36 kawasan di Langkawi, 34 kawasan di Kubang Pasu, 28 kawasan di Sik, 26 kawasan di Kuala Muda, Pendang dan Bandar Baharu masing-masing 16 kawasan, Padang Terap (7) manakala Yan (4).
"Ada juga kawasan baru yang dikenal pasti sebagai 'hot spot' banjir terutama di Baling yang mana ada tempat yang tak pernah berlaku banjir, tiba-tiba dinaiki air.
"Namun, anggota kita sudah bersiap sedia menghadapi situasi ini dan terus melakukan pemantauan sungai serta kawasan rumah penduduk yang dinaiki air untuk melakukan pemindahan dan sebagainya," katanya.
Awang Askandar berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan air pasang besar pada 6 hingga 11 November dan 22 hingga 27 November ini.
Katanya, dua kawasan tumpuan yang diramalkan berlaku air pasang besar ini adalah di Kuala Kedah dan Kuala Muda.
Awang Askandar berkata, pihaknya turut menempatkan empat petugas APM di Kampung Iboi, Baling secara petugas berkala setiap 8 malam hingga jam 2 pagi untuk menjaga kawasan itu selepas diminta penduduk.
Beliau berkata, sekiranya banjir pada berlaku ketika penduduk sedang tidur, mereka lebih bersiap sedia untuk menyelamatkan diri dengan bantuan anggota kami yang bertugas di situ.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adapi-banjir-pru-15 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|