CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Harap calon PRU-15 ambil tahu isu tutup jalan di jeti nelayan Kuala Sungai Burung

[Copy link]
Post time 11-11-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Harap calon PRU-15 ambil tahu isu tutup jalan di jeti nelayan Kuala Sungai Burung



Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



SEKUMPULAN nelayan PPSW Balik Pulau memohon calon-calon kerusi Parlimen Balik Pulau turun padang bagi menangani isu lapuk membabitkan penutupan jalan ke jeti Kuala Sungai Burung. FOTO Aminah Yusof




Balik Pulau: Sekumpulan nelayan di jeti Kuala Sungai Burung di sini, berharap calon-calon yang bertanding di kerusi Parlimen Balik Pulau mengambil tahu masalah lapuk di kawasan itu yang masih belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Sungai Burung Rosli Abdul berkata, antara masalah itu ialah isu penutupan jalan masuk utama ke jeti bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lebuh raya bertingkat sejak setahun lalu.

"Pelanggan terutamanya dari luar kampung ini berkurang hampir 80 peratus kerana apabila mereka nampak jalan telah disekat, mereka akan berpatah balik dan pergi ke kawasan nelayan di Pulau Betong untuk mendapatkan hasil laut.

"Dulu jeti ini meriah, ramai peniaga buka gerai makanan dan sebagainya kerana jalan yang ditutup itu boleh tembus ke pantai Malindo selain menjadi tempat untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

"Sekarang, Sabtu dan Ahad pun lengang selain nelayan juga sudah tidak buka meja berniaga dan hanya berharap lori peraih datang untuk membeli secara borong," katanya hari ini.

Rosli, 66, berkata, dia pernah menghadiri mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya untuk membincangkan masalah yang dihadapi nelayan berikutan penutupan jalan terbabit.

Menurutnya, jeti itu menempatkan kira-kira 30 bot nelayan dengan aktiviti perniagaan membabitkan sebuah kedai makan di lokasi itu kini beroperasi setengah hari sahaja.

"Ada dalam tiga atau empat kali saya datang ke pejabat JKR akhir tahun lalu dan sebenarnya, kami yang minta untuk berjumpa tetapi tidak berhasil. Lagipun, projek jalan dari Sungai Pinang ke Kampung Perlis itu sudah hampir siap.

"Cuma saya harap, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), jika boleh calon-calon yang akan bertanding datanglah turun padang tengok isu ini jika ada penyelesaian alternatif untuk masalah kami ini," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Pertubuhan Penggerak Seni Warisan (PPSW) Balik Pulau Firdaus Ismail turut mahu wakil rakyat yang bakal dipilih memantau aktiviti penebangan pokok bakau di pesisir Kuala Sungai Burung dan Sungai Rusa.

Beliau berpandangan, aktiviti komersial membabitkan tanah persendirian di kawasan tersebut sewajarnya tidak mengganggu pokok bakau yang dikhuatiri menjejaskan ekosistem di kawasan itu dan mendakwa ia bukan isu baharu dan bertahun-tahun telah berlaku.

"Kami berharap sesiapa sahaja calon yang terpilih menjadi wakil rakyat, tidak kisah daripada parti mana, harus mengambil berat isu-isu sebegini kerana kawasan ini merupakan tempat nelayan mencari rezeki," katanya.

Terdahulu, PPSW menganjurkan sesi meninjau masalah yang dihadapi nelayan jeti Kuala Sungai Burung yang turut disertai wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Pegawai Luar Bandar CAP Zulkifli Yusuf berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan susulan dengan NGO dan pertubuhan tempatan berhubung isu nelayan dan alam sekitar di kawasan berkenaan.

"Kawasan pokok bakau itu merupakan hutan simpan dan sepatutnya tidak boleh diganggu jadi kami juga akan menghantar surat kepada kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perhutanan negeri untuk merujuk perkara ini," katanya.

Parlimen Balik Pulau menyaksikan pertandingan enam penjuru termasuk penyandang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Barisan Nasional) Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid (Perikatan Nasional), Fadzli Mohamad (Pejuang), Datuk Seri Sabaruddin Ahmad (Bebas) dan Datuk Seri Johnny C'hng Ewe Gee (Bebas).


Disiarkan pada: November 11, 2022 @ 12:49pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071967 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list