CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Wan Saiful menang besar di Tasek Gelugor

[Copy link]
Post time 20-11-2022 01:11 AM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Wan Saiful menang besar di Tasek Gelugor


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



WAN Saiful Wan Jan. FOTO Danial Saad.





Tasek Gelugor: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysi (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan melakar kemenangan selesa dengan majoriti sebanyak 12,252 setelah memperoleh 31,116 undi bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai di luar jangkaan dengan bilangan pengundi juga dilihat meningkat secara signifikan mencecah 83.83 peratus berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

"Kemenangan ini tidak akan berlaku kalau tidak ada satu gelombang terutamanya dalam kalangan anak muda di Tasek Gelugor dan terus terang memang saya tak jangka keputusan sebegini.

"Bagi saya kejayaan ini melambangkan kehendak dalam kalangan rakyat di sini yang mahukan perubahan serta kerajaan yang bersih stabil," katanya ketika ditemui pemberita.

Wan Saiful mengatasi empat pencabarnya iaitu Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor daripada (Barisan Nasional), Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan (Pakatan Harapan), Mohamad Akmal Azhar (Warisan) dan Datuk Dr Abdul Halim Sher Jung (Pejuang).

Muhamad Yusoff meraih 18,864 undi, Nik Abdul Razak (16,547), Mohamad Akmal (179) dan Dr Abdul Halim (406).

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Supardi Amaludin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Tasek Gelugor bertempat di Institut Kemahiran MARA (IKM) Seberang Perai Utara malam ini.


Disiarkan pada: November 20, 2022 @ 12:43am


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 1.136627 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list