CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami lacurkan isteri dipenjara 7 tahun, 3 sebatan

[Copy link]
Post time 21-11-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode



LELAKI berusia 35 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas dakwaan memperdagangkan isteri bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu. FOTO Azrul Edham

Seremban: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki atas pertuduhan hidup hasil daripada persundalan isterinya, hujung bulan.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan berkenaan sejurus fakta kes dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda.

Mengikut fakta kes, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah menjalankan Ops Pintas dan menahan tertuduh serta menyelamatkan mangsa di sebuah hotel di Kuala Pilah, jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu.

Pemeriksaan menemui barang kes disyaki tertuduh menjadi ejen serta 'transporter' dalam mengurus aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan eksploitasi seks ke atas mangsa sebelum menahan tertuduh.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh telah memaksa dan memperdagangkan mangsa bagi tujuan eksploitasi seks sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan bayaran hutang yang ditanggung tertuduh.

Siasatan mendapati tertuduh mengenakan bayaran sebanyak RM1,000 bagi satu jam terhadap pelanggan yang melanggan mangsa untuk tujuan eksploitasi seks.

Soal siasat mendapati tertuduh yang juga suami yang sah kepada mangsa mengaku telah hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan terhadap mangsa sejak awal Julai lalu sehingga wanita itu diselamatkan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan paling ringan kerana perlu menanggung isteri, ibu dan keluarga isteri selain mengaku menyesali perbuatannya itu serta mengaku sudah insaf.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan.

Sementara itu, di kamar berlainan, Hakim Datin Surita Budin menolak pengakuan bersalah tertuduh yang dibuat pada prosiding sebelum ini apabila tertuduh tidak bersetuju dengan fakta kes.

Menurut lelaki itu, tiada paksaan terhadap isterinya sama ada secara kasar atau sebaliknya dan perbuatan itu dilakukan atas persetujuan bersama untuk mencari wang.

Surita kemudiannya memaklumkan kalimah paksaan adalah sangat penting dalam pendakwaan dan menolak pengakuan bersalah tertuduh sebelum menetapkan tarikh 30 November depan bagi prosiding seterusnya.

Menurut pertuduhan, tertuduh telah memperdagangkan seorang wanita berusia 35 tahun bagi maksud eksploitasi seks pada 30 Oktober 2022, kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam satu bilik di sebuah hotel di daerah Kuala Pilah.

Dengan itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 (Akta 670).

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-7-tahun-3-sebatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list