Post Last Edit by moteto at 4-11-2010 16:14
Syair Perang Bendahara
Johor Lingga penuh gelora Raja ditabal tiada adatnya Kanda yang tua patutnya bertahta Yam Tuan Muda melantik dindanya
Bendahara siap nak betulkan adat, Inggeris durjana pergi menyekat Dihasut dengan kata yang kesat Supaya raja bertukar kerabat
Johor Lingga melanggar adatnya Pecah berderai jadilah ia Inggeris datang ambil Singapura Lingga pula dirampas Belanda
Johor Lingga pernah bersatu Seorang rajanya sudahlah tentu Adat dilanggar siasah berlaku Menjadi dua rajanya itu
Pecahlah sudah Johor dan Lingga Remuklah sudah hati bendahara Maka bicara memutus kata Muafakat semua, orang kaya
Wahai ‘rang kaya semua yang ada Dengarlah ini pertanyaan kita Kepada siapakah kita beraja Inggeris, Belanda punya angkara
Patik sekelian pacal yang hina Kepada tuanku patik beraja Inggris, Belanda punya angkara Biar tuanku galang gantinya
Maka sabda, Raja Bendahara Wahai anakanda Bendahara Muda Isytihar semua pada semua Negeri Pahang sudah Merdeka
Syair ini merupakan kesinambungan dari kisah Sejarah Johor. Ia menceritakan bagaimana bermulanya sejarah Pahang hasil kemusnahan empayar Johor akibat permainan Belanda dan Inggeris. Syair ini telah disusun semula oleh Tun Haji Omar, cicit bendahara Pahang yang pernah menjadi wakil kerajaan Johor di Jajahan Pahang satu masa dahulu.
Sejarah Pahang moden lain daripada sejarah yang lagi lama...Pahang, sebagaimana Negeri Sembilan suatu mase dulu merupakan sebahagian daripada Empayar Johor - Riau - Singapura - Lingga. Apabila soal perlantikan sultan dipelopori oleh Inggeris dan Belanda, Pahang yang hilang kepercayaan terhadap kesatuan Empayar bertindak keluar daripada Empayar Johor dan declare 'Merdeka'.
|