CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penolong juru ukur mengaku salah terima sogokan RM3,000

[Copy link]
Post time 30-11-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Rizuan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menerima rasuah RM3,000 bagi mendapatkan kelulusan PBT untuk ubah suai rumah tiga tahun lalu. FOTO Azrul Edham

Seremban: Penolong juru ukur bahan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan menerima RM3,000 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan permohonan pelan ubahsuai rumah milik seorang lelaki, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rizuan Mohd, 40, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed bagi pertuduhan pilihan selepas ia dibacakan jurubahasa.

Menurut pertuduhan, dia sebagai penjawat awam iaitu Penolong Juru Ukur Bahan Gred JA29 di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) bersetuju menerima barang yang berharga dengan tanpa balasan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000.

Ia melalui pindahan dalam talian daripada akaun bank seorang lelaki berusia 41 tahun yang mana tertuduh mengetahui ianya ada kaitan dengan kerja-kerja rasminya.

Kesalahan dilakukan antara 19 Ogos 2019 dan Jun 2020.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Menurut fakta kes, tertuduh meminta wang tunai sebanyak RM3,000 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan mengenai permohonan cadangan pelan ubahsuai kediaman sebelum wang sebanyak RM3,000 dipindahkan ke akaun tertuduh ketika bertemu di Dataran Senawang, di sini.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum kerana perlu berulang-alik ke Terengganu pada setiap hujung minggu bagi menjaga ibunya yang sedang sakit.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohammad Azriff Firdaus Mohammad Ali bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000, jika gagal bayar boleh dipenjara selama lima bulan dan difahamkan tertuduh membayar denda itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rima-sogokan-rm3000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.311184 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list