CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Kedah] Dua OKU antara 307 peserta Pesta Renang Langkawi

[Copy link]
Post time 4-12-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Dua perenang OKU, Jeff Wong (kanan) dan Faiq Adnan (kiri) bersama jurulatih mereka, Datuk Ooi Teik Huat (tengah) antara 307 peserta yang menyertai Pesta Renang Langkawi 2022 di Tanjung Rhu, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman


LANGKAWI: Dua perenang orang kurang upaya (OKU) antara 307 peserta menyahut cabaran dalam Pesta
Renang Langkawi (PRL) 2022 di Tanjung Rhu di sini, hari ini.

Faiq Adnan dan Jeff Wong, masing-masing cacat penglihatan dan berusia 32 tahun menyertai PRL 2022 bagi kategori terbuka lelaki, 4 kilometer (km).

Bagaimanapun, Faiq gagal menamatkan saingan dan terpaksa menarik diri susulan mengalami kecederaan lutut selepas berenang kira-kira satu kilometer.

Faiq dari Kuala Lumpur dan Jeff dari Ipoh juga adalah bekas atlet paralimpik negara dalam acara renang.


Ketika ditemui, Jeff berkata dia gembira dapat menamatkan acara renang sejauh 4km yang turut disertai ratusan peserta berpengalaman dari pelbagai negara.

"Berenang memang menjadi rutin dalam hidup saya sejak kecil, pada masa sama sering menyertai pertandingan renang dianjurkan pelbagai pihak di seluruh negara.

"Sebenarnya penyertaan kami untuk menunjukkan OKU juga boleh melakukan aktiviti mencabar seperti dilakukan oleh orang normal," katanya.

Acara renang berprestij yang dianjurkan oleh Tough Gorilla itu disertai 307 peserta mewakili 15 negara membabitkan empat kategori utama iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita 8km, 4km, 2km dan 400m.

Perenang Sweden, Fredric Liljestroem muncul juara kategori terbuka lelaki 8km selepas mencatat 2 jam 2 minit, manakala kategori wanita, disandang Julie Newton (Amerika Syarikat) dengan catatan 2 jam 30 minit dan 31 saat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Perancangan dan Pembangunan), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin.

https://www.bharian.com.my/berit ... sta-renang-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064809 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list