CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Johor] Pendaratan ikan di Johor merosot

[Copy link]
Post time 7-12-2022 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Iskandar Puteri: Pendaratan ikan di seluruh Johor merosot sejak dua bulan lalu namun ia tidak menimbulkan masalah kekurangan bekalan di pasaran setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata, jumlah pendaratan ikan yang direkodkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada September adalah 3,065 tan metrik.

Beliau berkata, bagaimanapun pendaratan ikan berkurangan kepada 2,585 tan metrik pada Oktober dan 2,203 tan metrik pada November.


Menurutnya, trend penurunan pendaratan ikan di empat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkaitan faktor angin kencang dan laut bergelora iaitu sebanyak 542 tan metrik pada Oktober berbanding 754 tan metrik pada September.

Katanya, berdasarkan pemantauan di pasaran runcit yang dijalankan di beberapa lokasi pasar utama, harga ikan di Johor masih stabil berikutan bekalan mencukupi.

"Trend penurunan itu berpunca daripada faktor cuaca pada musim tengkujuh ini kerana ia menjejaskan aktiviti penangkapan ikan apabila nelayan tidak dapat ke laut.

"Walaupun bekalan berkurangan sedikit namun kami memberi jaminan ia mencukupi termasuk pada awal tahun depan," katanya ketika sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail (BSI), Kota Iskandar di sini hari ini.

Sementara itu, Zahari berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju dan perancangan negeri berkaitan bidang pertanian.

"Perbincangan ini penting untuk mendapatkan kerjasama kerajaan Pusat terutama menteri berkaitan kerana aktiviti utama Johor adalah pertanian.

"Dalam pertemuan itu nanti diharap dapat membincangkan hala tuju dan apa yang sudah dirancang kerajaan negeri berkaitan pertanian, ini penting untuk membantu pemain-pemain utama industri pertanian di Johor.

"Malah saya juga akan bertemu dengan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri I pada Isnin atau Selasa depan bagi membincangkan kerjasama kerajaan negeri dengan kerajaan pusat," katanya.

Sementara itu, beliau ketika menjawab soalan Ng Kor Sim (PH-DAP) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Zahari berkata, kerajaan memperuntukkan RM43.63 juta bagi menaik taraf infrastruktur dan membaiki jalan-jalan ladang dan infrastruktur lain di kawasan luar bandar di negeri ini bagi manfaat penduduk termasuk petani.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Johor dan Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Johor.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-di-johor-merosot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.033927 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list