CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Kedah] Polis sita 11 motosikal warga asing

[Copy link]
Post time 7-12-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode

WARGA asing yang ditahan selepas melakukan kesalahan trafik dalam Ops Khas (Warga Asing) di Jalan Pekan Tunjang, Jitra. FOTO Ihsan PDRM.

Jitra: Polis menyita 11 motosikal yang ditunggangi warga asing dalam Ops Khas (Warga Asing) yang dilakukan di Jalan Pekan Tunjang, Jitra - Kodiang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berdasarkan maklumat awam yang diterima.

Beliau berkata, dalam operasi yang diketuai Inspektor Mazuan Wan Mahmud itu, sebanyak 31 saman dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan termasuk tiada lesen memandu dan tiada lesen kenderaan motor.


"Kesemua 11 motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan.

"Warga asing terbabit berusia antara 25 hingga 40 tahun dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk proses dokumentasi dan dibebaskan dengan penjamin.

"Mereka yang ditahan memiliki pasport dan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR)," katanya.

Rodzi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama warga asing yang melakukan kesalahan, jika tidak mematuhi undang-undang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tosikal-warga-asing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.636373 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list