CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 4

[Pulau Pinang] Jalan ditutup bagi beri laluan Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Ahad ini

[Copy link]
Post time 8-12-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-12-2022 12:59 PM

Jalan ditutup bagi beri laluan Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Ahad ini



Zuhainy Zulkiffli
[email protected]





Georgetown: Seramai 300 anggota dan pegawai polis Pulau Pinang akan bertugas memantau keselamatan serta lalu lintas berikutan penutupan sementara jalan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) pada Ahad ini.

Penutupan dan lencongan itu akan dibuat secara berperingkat bermula jam 11 malam pada 10 Disember hingga jam 10 pagi keesokan harinya.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, acara larian yang membabitkan jarak 42 kilometer itu akan melalui jalan di Persiaran Bayan Indah, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jambatan Pulau Pinang.

Katanya, berikutan itu, beberapa jalan utama di Timur Laut dan Barat Daya di sini, akan ditutup sementara serta dilencongkan.

"Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif seperti di Jalan Sungai Pinang, Jalan Jelutong, Jalan Bukit Gambir, Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, Jalan Yap Chor Ee dan Jalan Tun Dr Awang bagi ke pusat bandar atau Bayan Lepas.

"Manakala bagi Barat Daya, pengguna disaran menggunakan Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Hilir Sungai Kluang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk ke Seberang Perai.

"Laluan bagi kenderaan dari Seberang Perai yang mahu masuk ke bahagian pulau pula akan dilencongkan ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dari tol Juru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.




FISOL memberi penerangan mengenai penutupan sementara jalan dan lencongan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) pada sidang media di IPK Pulau Pinang. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Fisol menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan dan peraturan lalu lintas yang ditetapkan selain merancang perjalanan lebih awal.

Fisol berkata, orang ramai juga ditegah meletak kenderaan di sepanjang jalan terbabit dengan laluan peserta larian.

"Bagi yang mempunyai jadual penerbangan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, mereka dinasihati supaya keluar awal sebelum penutupan atau menggunakan laluan alternatif.

"Pengguna jalan raya juga boleh menggunakan aplikasi navigasi sistem pengesan global (GPS) yang membantu menunjuk laluan alternatif dan lencongan," katanya lagi.

PBIM adalah acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung dan dianggarkan, kira-kira 26,000 peserta sudah mendaftar.

Acara larian secara fizikal dianjurkan semula selepas berehat dua tahun dan ia dilakukan secara maya pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19.

Kategori perlumbaan yang dipertandingkan termasuk Maraton Penuh (42km), Separuh Maraton (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).


Disiarkan pada: Disember 8, 2022 @ 10:49am











sumber




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2022 12:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2022 01:00 PM | Show all posts
@novelloverzz  

ahad ni harapnya takde plan masuk pulau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 8-12-2022 01:00 PM
@novelloverzz  

ahad ni harapnya takde plan masuk pulau..

Mgg ni x de plan msk pulau. InsyaAllah mgg dpn.

Tq utk info kaka

Comments

wc nov.  Post time 8-12-2022 02:08 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042373 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list