CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'BERSATU sudah ada pengalaman tokoh keluar parti' - Wan Saiful

[Copy link]
Post time 11-12-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
'BERSATU sudah ada pengalaman tokoh keluar parti' - Wan Saiful

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 11, 2022 @ 1:26pm  [email protected]






TASEK GELUGOR: Pengunduran Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, tidak langsung menjejaskan parti itu kerana sudah mempunyai pengalaman sebelum ini, bahkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sedang giat menyusun semula struktur organisasi di negeri itu.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata penyusunan itu akan dilaksanakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Naib Presiden, yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata, BERSATU sudah beberapa kali melihat situasi keluar masuk parti selepas Pilihan Raya Umum (PRU), bahkan mempunyai pengalaman apabila tokoh paling besar dalam parti, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti diikuti anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahaya.

"Jadi saya rasa ini (keluar parti) satu perkara lumrah yang perlu dilalui mana-mana parti. Cabaran naik turun itu biasa tetapi BERSATU di Sabah akan terus kekal.

"Tidak perlu bimbang kerana sesiapa (pemimpin atasan) yang lepaskan jawatan untuk pergi ke parti lain, parti itu akan terus kekal dan akan ada pengganti.

"Di peringkat MPT, kita ada perancangan dan tindakan yang kita percaya Timbalan Presiden akan mengetuai usaha menyusun semula organisasi bahagian-bahagian (yang telah runtuh)," katanya ketika mengulas situasi yang dihadapi BERSATU Sabah ketika ini.

Sebelum itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, ditemui pemberita ketika meninjau masalah pencemaran debu yang dihadapi peniaga dan penduduk kampung Lubuk Meriam, di sini, hari ini.

Semalam, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, mengumumkan keputusan untuk keluar parti itu selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Ia selepas mereka menyertai Kerajaan Perpaduan menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan (WARISAN).

Hajiji dilaporkan berkata, kerajaan negeri ditunjangi GRS - Barisan Nasional (BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau difahamkan bahawa tindakan yang diambil Hajiji itu berkemungkinan didorong atas kepentingan diri serta menginginkan jawatan bagi membolehkan dapat terus berkuasa.

"Pandangan saya mungkin agak keras terhadap hal ini kerana bagi saya mereka yang menjual prinsip perjuangan parti semata-mata untuk mengekalkan atau mendapatkan jawatan adalah sama dengan kategori Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.




Datuk Wan Saiful Wan Jan (kiri) dan Datuk Hajiji Noor.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2022 04:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.448458 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list