CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Saya juga pernah susah'

[Copy link]
Post time 12-12-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode

KOMEN balas Mohd Afizal yang ingin membantu individu itu.

Port Dickson: Seorang bapa kepada dua anak memiliki hati amat mulia apabila sanggup 'melepaskan' kereta terpakai yang baru dibelinya untuk dihadiahkan kepada insan yang lebih memerlukan walaupun tidak mengenalinya.

Ini berikutan Mohd Afizal Bakhtiar, 27, tergerak hati untuk menghadiahkan kereta Proton Saga Aeroback berkenaan kerana simpati selepas membaca hantaran seorang lelaki dalam kumpulan jual beli kereta di Facebook (FB), Khamis lalu.

Menerusi hantaran dalam kumpulan terbabit, lelaki dikenali sebagai Apit Abby memaklumkan mencari kereta model Proton Wira berharga anggaran RM3,000 untuk dibeli secara ansuran kerana tidak mampu membuat pembelian tunai.


Lebih menyentuh hati apabila lelaki terbabit memuat naik gambar kereta lamanya yang rosak kerana kemalangan.

Menyedari hantaran itu, Mohd Afizal meninggalkan komen menawarkan kereta yang baru dibelinya dan meminta lelaki terbabit menghubunginya.

"Abang kat mana tu? Meh (mari) datang Port Dickson. Saya bagi kereta sebiji. Saya baru je beli semalam untuk niaga. Tapi saya nak bagi je kat abang. Buruk sikit tapi enjin baik lagi.

"Lepas cat terus ok dah ni. Boleh la sementara abang nak buat anak-anak jalan. Kereta boleh tukar nama. Kalau nak, abang pm (hantar mesej) nombor (telefon) abang kat messenger saya.

"Saya tak terima apa-apa nombor lain selain dari FB abang," tulisnya.

Tawaran Mohd Afizal itu mendapat maklum balas daripada lelaki terbabit yang berjumpa dengannya untuk mengambil kereta itu iaitu sehari selepas mereka berhubung menerusi telefon.

"Saya sudah serahkan kereta itu kepadanya kira-kira jam 9.30 kelmarin (Khamis lalu). Dia datang ke rumah saya di Batu 4 (Port Dickson) bersama isteri dan anaknya dari Banting, Selangor. Difahamkan mereka datang menaiki kereta dipinjam daripada rakan isterinya.

"Jika diikutkan, kereta itu baru dibeli dengan harga hampir RM2,000 menggunakan wang simpanan kerana van sedia ada kini bermasalah.

"Bagaimanapun, saya tidak sampai hati lihat keadaan lelaki itu terutama apabila mengenangkan anaknya yang difahamkan perlu berulang-alik ke hospital lalu nekad menghadiahkan kereta berkenaan kepadanya. Lagipun, saya pun pernah susah dulu, jadi faham situasinya," katanya.

Menurut Mohd Afizal yang mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan sewaan sofa angin berkata, dia bersyukur kerana Allah menggerakkan hatinya untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Lega dan gembira apabila dapat tolong orang. Isteri (Intan Fairuz Fadhilah Zamrot, 25) juga gembira, malah dia sokong saja apa saya buat.

"Cuma, tak sangka dan terkejut apabila kisah saya tular, malah hanya sedar selepas terima banyak notifikasi di FB, semalam (kelmarin).

"Alhamdulillah, rata-rata komen positif dan ramai yang mendoakan. Saya hargai dan syukur kerana satu Malaysia mendoakan tetapi tidak minta banyak, memadai jika orang ramai doakan kebahagiaan rumah tangga saya serta dapat anak yang soleh," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... a-juga-pernah-susah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061401 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list