CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas guru tuisyen didakwa ubah wang haram hasil jual bayi di media sosial

[Copy link]
Post time 13-12-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode

Jamaliah Ahmad hadir ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti penjualan bayi melalui laman Facebook - Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Seorang bekas guru tuisyen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penggubahan wang haram hasil daripada kegiatan penjualan bayi pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Jamaliah Ahmad, 62, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Berdasarkan pertuduhan, wanita berkenaan didakwa menerima wang tunai berjumlah RM12,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di lobi sebuah hotel di Jalan Penang kira-kira jam 7 malam pada 15 Disember tahun lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam, Md Yusof Md Idris.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan tiga syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah selain tertuduh tidak dibenarkan berjumpa atau mengganggu mana-mana saksi sepanjang kes berlangsung.

Mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Berdasarkan fakta kes, dia didakwa menerima seorang bayi perempuan daripada seorang wanita warganegara Indonesia untuk dijadikan anak angkat pada Disember tahun lalu.

Tertuduh kemudiannya telah mengiklankan dalam laman Facebook dikenali sebagai 'Group Pencarian Anak Angkat' yang biasanya disertai pasangan yang ingin mengambil anak angkat.

Berikutan itu, pada 15 Disember 2021 bertempat di lobi sebuah hotel suspek dikatakan telah diberi wang tunai sebanyak RM12,000 oleh sepasang suami isteri yang datang dari Terengganu yang mahu mengambil bayi berkenaan sebagai anak angkat.

https://www.bharian.com.my/berit ... -jual-bayi-di-media

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.083737 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list