CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ibu bapa buntu, ubat anak RM9 juta

[Copy link]
Post time 13-12-2022 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa buntu, ubat anak RM9 juta

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



JASON Tan bersama isteri dan anak perempuan mereka Reese Tan Rui Xin. FOTO DANIAL SAAD




Bukit Mertajam: Hati ibu bapa mana tidak berkecamuk apabila mendapat tahu anak mereka yang masih kecil menghidap penyakit serius dengan memerlukan kos perubatan sehingga RM9 juta bagi menyembuhkan kesakitan yang dialami.

Rachel Chung, 38 dan suaminya, Jason Tan, 47 dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka berdua diuji apabila anak bongsu, Reese Tan Rui Xin yang ketika ini berusia 17 bulan disahkan menghidap sejenis penyakit genetik dikenali 'Atrofi Otot Spina (SMA)' yang sangat jarang berlaku.

Menurut Rachel, penyakit itu menyebabkan anak perempuannya tidak dapat merangkak, berdiri atau berjalan seperti kanak-kanak lain, sebaliknya hanya mampu meniarap sahaja.

"Dia juga sukar benafas, tidak dapat mengunyah makanan dan kadang kala terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selain dikatakan berisiko kehilangan nyawa sekiranya tidak dirawat segera.

"Penyakit ini mula dikesan ke atas anak saya pada usianya memasuki 14 bulan dan sudah tentu saya bersama suami terkejut apabila dimaklumkan doktor mengenai perkara ini" katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, dia dan suaminya hadir di Pejabat One Hope Charity and Welfare, di sini, bagi memohon bantuan pertubuhan kebajikan berkenaan mengumpul dana RM9 juta yang diperlukan bagi mengubati anaknya.

Jelasnya, dia yang bekerja sebagai akauntan dan suaminya yang juga peniaga aksesori kereta memperoleh pendapatan berjumlah RM16,000 sebulan, namun mereka berdua masih tidak mampu membiayai kos berkenaan.

"Maklumat berhubung penyakit genetik berkaitan SMA ini masih lagi kurang tetapi hasil pencarian saya dan suami termasuk merujuk kepada pakar perubatan akhirnya menemui sejenis ubat dikenali Zolgensma yang boleh diperoleh menerusi satu dos suntikan.

"Namun, ubat ini terlalu mahal di dunia apabila harganya mencecah 1.9 juta euro (RM9 juta) yang kami tidak mampu membiayainya. Ketika ini, kami hanya mampu menampung kos pemeriksaan dan rawatan biasa sahaja," katanya.

Rachel berkata, dia dan suaminya dalam keadaan amat buntu namun berharap orang ramai dapat membantu menyelamatkan nyawa anaknya.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya pertama kali melancarkan kutipan derma yang mencecah sehingga RM9 juta.

Bagaimanapun katanya, sebagai pertubuhan kebajikan yang dipercayai dengan membantu pelbagai kes tidak mengira bangsa dan agama, pihaknya memutuskan untuk membantu kanak-kanak berkenaan.

"Kami juga tidak akan mengambil sebarang komisen malah setiap sen yang didermakan oleh orang ramai akan digunakan untuk perbelanjaan perubatan Reese," katanya.


Disiarkan pada: Disember 13, 2022 @ 4:00pm



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 10:12 AM | Show all posts
Ni issue yang sama dengan anak buah Fattah Amin kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list