CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara bagi acara kayuhan

[Copy link]
Post time 13-12-2022 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara bagi acara kayuhan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Mohd Shuhaily (tengah) memberi kenyataan media mengenai penutupan dan lencongan jalan sempena Penang 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Solidarity Fun Ride pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) akan ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara 'Penang 2nd Bridge PDRM 2022', pada 17 Disember ini.

Ia akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Acara edisi keempat di Jambatan Kedua Pulau Pinang itu membabitkan kayuhan sejauh 73 kilometer menerusi beberapa laluan utama sekitarnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penutupan dan lencongan beberapa laluan itu akan bermula jam 8 malam hingga jam 6 pagi keesokan harinya.
"Laluan itu bermula di bulatan Queen 1 dan 2 diikuti bulatan Persiaran Indah, kesemua susur masuk dan keluar ke jambatan dari kedua-dua arah dan bulatan Batu Maung menghala ke Pusat Bandar.

"Peringkat ketiga penutupan pada jam 11 malam membabitkan laluan di sekitar Bandar Cassia di Seberang Perai Selatan (SPS), bulatan Bayan Baru di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Tun Dr Awang dan Jalan Sultan Azlan Shah.

"Seramai 800 anggota dan pegawai polis akan terbabit dalam penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sepanjang acara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif menerusi Jambatan Pulau Pinang, Jalan Balik Pulau, Jalan Kampung Jawa atau Sungai Keluang, Bayan Lepas.

Manakala bagi SPS pula, pengguna boleh melalui laluan lebuh raya dari utara ke Bandar Cassia menerusi Tol Bukit Tambun, Lingkaran Cassia Selatan, Cassia Barat 2 dan 3 atau Jalan Batu Kawan.

"Sehubungan itu orang ramai dinasihati supaya patuh kepada arahan petugas lalu lintas," katanya.



Disiarkan pada: Disember 13, 2022 @ 4:09pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list