CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Kelantan] Lima sungai di Kelantan lepasi paras bahaya

[Copy link]
Post time 22-12-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Lima sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya, masing-masing satu melepasi paras amaran dan tiga paras berjaga-jaga, sehingga 9.30 pagi ini.

Laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, antara sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.32 meter (m) berbanding paras normal lima m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.17 m, diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat (3.83 m), Sungai Pergau di Jeli (55.85 m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (36.82 m).



Satu sungai melepasi paras amaran ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai (23.98 m).

Sementara itu, mengikut portal eBanjir Kelantan, 20 jalan di negeri ini yang masih ditutup kepada kenderaan ringan dan juga semua kenderaan iaitu 16 di Pasir Mas, masing-masing dua di Tumpat dan Machang.

Antara jalan yang ditutup di Pasir Mas termasuk Jalan Kota Bharu- Pasir Mas- Rantau Panjang; Jalan Panglima Bayu- Rantau Panjang- Jeram Perdah; Jalan Tok Deh- Gual Periok dan Jalan Pasir Mas- Pohon Tanjung.

Jalan di Machang yang ditutup pula membabitkan Jalan Machang- Pangkal Meleret- Wakaf Bata dan Jalan Paloh Rawa- Belukar Panjang; manakala di Tumpat, Jalan Cabang Empat/ Kampung Jambu/ Meranti serta Jalan Kota Bharu- Pasir Mas- Rantau Panjang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-bahaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.745138 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list