CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Pahang] Macau Scam: Pesara wanita rugi lebih RM100,000

[Copy link]
Post time 24-12-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Kuantan: Pesara wanita kerugian RM128,037 selepas diperdaya Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai mahkamah Pulau Pinang, 14 Disember lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, wanita berusia 60-an itu menerima panggilan telefon daripada suspek terbabit.

Katanya, suspek mendakwa bahawa mangsa mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch 'n Go sebanyak RM11,800.


"Mangsa disambungkan kepada beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan individu terbabit memberitahu mangsa mempunyai rekod kes jenayah.

"Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan.

"Mangsa kemudiannya mengikut arahan suspek yang menyebabkan kerugian sebanyak RM128,037," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kes terbabit, Ramli berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Katanya, pada masa sama, mereka perlu membuat semakan terperinci sebelum bertindak.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) atau nombor TAC kepada pihak lain untuk digunakan bagi apa saja urusan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rugi-lebih-rm100000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.039233 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list