CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Terengganu] Tiga balai polis di Terengganu ditenggelami banjir

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Balai Polis Kuala Jengai antara tiga balai polis di Terengganu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

DUNGUN: Isu Balai Polis Kuala Jengai di Hulu Dungun, di sini, yang sering ditengelami banjir saban tahun akan dikemukakan kepada pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan, sama ada balai polis itu perlu dibina semula secara bertingkat atau dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai.

Menurutnya, Balai Polis Kuala Jengai dibina pada 1952 itu antara balai yang paling kritikal dan sering ditengelami banjir kerana lokasinya berhampiran sungai.

"Kita akui balai ini termasuk kaurters anggota sering dinaiki air sehingga paras bumbung dan sepanjang tahun ini, sudah dua kali ditengelami banjir. Kali pertama Febuari lalu dan kita sudah membaiki segala kerosakan, sekali lagi ia tenggelam pada banjir kali ini," katanya.


Memberitahu demikian kepada pemberita ketika melawat balai polis terbabit semalam, Rohaimi berkata, banjir juga menyebabkan balai berkenaan terputus hubungan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun akibat terputus bekalan elektrik.


Datuk Rohaimi Md Isa (kanan) bertanya khabar ahli keluarga polis yang dipindahkan selepas Balai Polis Kuala Jengai ditengelami banjir. - NSTP/Rosli Ilham

"Bagaimanapun, semua dokumen dan aset-aset penting, termasuk alat komunikasi dan kenderaan berjaya diselamatkan, manakala sembilan keluarga anggota dipindahkah lebih awal.

"Sebuah pondok polis di Felda Tenang Besut, turut terjejas akibat banjir dan kita anggarkan kos kerosakan dan baik pulih kedua-dua kemudahan ini sebanyak RM100,000," katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga dan anggota di Balai Polis Kuala Jengai.

Katanya, dua lagi balai polis yang dinaiki air ialah Balai Polis Pasir Gajah di Kemaman dan Balai Polis Manir di Kuala Terengganu dengan penilaian kerosakan termasuk kerosakan kecil dialami balai-balai lain akibat banjir akan dilakukan.

Berhubung kes jenayah pecah rumah membabitkan kediaman mangsa banjir, Rohaimi berkata, tiada sebarang laporan diterima setakat ini dan polis sentiasa membuat rondaan sekitar kawasan bencana bagi memastikan keselamatan kediaman penduduk selamat.

https://www.bharian.com.my/berit ... ditenggelami-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.042709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list