CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Terengganu] Selepas lebih 60 jam, jasad Wahab akhirnya ditemukan

[Copy link]
Post time 25-12-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Jasad Abdul Wahab Mat Sulaiman, yang terjatuh dari tingkat lima air terjun ketika menyelenggara saluran paip Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, Besut, Terengganu di sini, Khamis lalu, akhirnya ditemukan pagi hari ini. FOTO APM

Besut: Selepas lebih 60 jam, jasad Abdul Wahab Mat Sulaiman, yang terjatuh dari tingkat lima air terjun ketika menyelenggara saluran paip Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di sini, Khamis lalu, akhirnya ditemukan pagi ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, mayat mangsa ditemukan di tingkat dua air terjun di hutan lipur itu, kira-kira 8 pagi.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) beberapa barang milik peribadi mangsa seperti baju dijumpai di tingkat tiga air terjun.

Katanya, sarung golok dijumpai di tingkat dua air terjun berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Khamis lalu, mangsa berusia 27 tahun, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima Lata Tembakah, Sungai Tenang di Hulu Besut.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pekerja syarikat kontraktor di hutan lipur itu dikatakan sedang membaiki saluran paip bersama adiknya yang berusia 19 tahun.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -akhirnya-ditemukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.848870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list