CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Terengganu] Ombak besar di Terengganu tarik minat peluncur air

[Copy link]
Post time 25-12-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Anak muda tempatan mengambil peluang musim ini untuk bermain sukan luncur air. - Foto Bernama


CHUKAI - Setiap kali musim Monsun Timur Laut tiba, ombak besar dan angin kencang yang berlaku pastinya meresahkan nelayan pantai, namun buat peminat sukan luncur air, waktu itu sememangnya amat dinantikan.

Bagi mereka, lagi tinggi ombak membadai, lagi deras cetusan adrenalin untuk menunjukkan kemahiran sebagai si ‘penakluk’ ombak.

Menurut seorang penggemar sukan lasak itu, Kamil Izzat Hazmi Mahmud, 25, beliau sanggup memandu sejauh 333 kilometer dari Damansara, Kuala Lumpur meredah cuaca yang tidak menentu ketika ini, semata-mata untuk ke Teluk Kalong, di sini, bagi ‘menjinakkan ombak ganas’ di pantai itu.



Meskipun ombak besar ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) digeruni ramai, namun bagi peminat sukan luncur air waktu ini adalah antara ombak yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut.- Foto Bernama.

"Kebiasaannya apabila Monsun Timur Laut bermula bulan November hingga Mac, kawasan pantai di negeri Pantai Timur, antaranya Cherating (Pahang) dan Teluk Kalong memang menjadi tumpuan peluncur kerana keadaan ombaknya.

"Saya sendiri mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada Disember tahun lepas setelah tertarik dengan kemahiran meluncur ombak yang ditunjukkan oleh rakan semasa kami bercuti di Pantai Cherating sebelum mempelajarinya,” katanya yang juga seorang penggemar sukan papan luncur sejak dari bangku sekolah lagi.
Beliau menyifatkan sukan luncur air lebih selamat dan kurang risiko mendapat kecederaan berbanding sukan papan selaju menyebabkan beliau kini memilih dan jatuh cinta terhadap aktiviti ekstrem itu.

Bagi mereka yang baru menyertai sukan lasak berkenaan, Kamil turut berkongsi tip dengan menyarankan mereka menggunakan papan jenis soft-top kerana lebih ringan dan mudah terapung.

"Kalau soft-top ini ia lebih lembut dan foamie, malah harganya lebih murah iaitu antara RM800 hingga RM900. Ini berbeza dengan papan jenis hard-top yang kebiasaan harganya kira-kira RM1,000 dan teksturnya lebih licin,” katanya.



Sementara itu, seorang penggiat sukan itu dari Teluk Kalong Mohammad Nazmie Saidin, 27, berkata sukan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di kawasan itu menyebabkannya mengambil inisiatif untuk menjadi tenaga pengajar.

Langkah itu bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang bukan sahaja boleh mewakili negeri Terengganu tetapi juga negara suatu hari nanti.

"Setakat ini saya mengajar secara sukarela untuk anak-anak muda dari kawasan ini sahaja dan tiada bayaran dikenakan. Idea untuk mengadakan kelas ini timbul selepas melihat ramai peluncur senior yang datang melakukan aktiviti itu di sini,” katanya yang mempunyai pengalaman empat tahun dalam aktiviti itu. - Bernama.

https://www.sinarharian.com.my/a ... -minat-peluncur-air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.348325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list