View: 357|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Saya sebak melihat al-Quran ditenggelami banjir sedikit pun tak basah, kekal sempurna'
[Copy link]
|
|
Zahaitun Mahani menunjukkan al-Quran miliknya yang kekal sempurna dan kering walaupun buku lain basah serta rosak akibat banjir. NSTP/ Malik Muhamad
Kuala Terengganu: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berasa sebak selepas sebuah naskhah al-Quran yang diletakkan dalam almari di rumahnya tidak basah walaupun ditenggelami banjir.
Malah lebih mengejutkan Zahaitun Mahani Zakariah, 54, apabila naskhah al-Quran yang sering dibaca itu sedikitpun tidak rosak dan kekal kering seperti sebelum banjir melanda kediamannya sejak Selasa minggu lalu.
Pensyarah Marin Biologi yang menetap di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak, Kuala Nerus itu berkata, beliau menyedari naskhah al-Quran itu tidak basah selepas pulang membersihkan rumahnya pagi tadi susulan banjir pulih sepenuhnya.
Beliau yang menetap di taman berkenaan sejak tujuh tahun lalu berkata, situasi itu agak pelik kerana naskhah al-Quran berkenaan kekal kering dan tidak rosak, sedangkan al-Quran lain yang diletakkan di tempat sama basah selepas banjir melanda rumahnya.
"Kira-kira jam 9.30 pagi tadi saya pulang untuk mengemas dan membersih rumah selepas banjir di luar rumah melebihi paras pinggang dan dalam rumah setinggi 0.5 meter surut.
"Sebaik membuka almari yang menempatkan beberapa naskhah al-Quran, saya mengeluarkan semuanya untuk dijemur kerana saya jangka semuanya basah.
"Bagaimanapun, saya terkejut dan menangis selepas sebuah naskhah al-Quran sedikitpun tidak basah, malah berada dalam keadaan baik tanpa sedikitpun lumpur, manakala lima lagi naskhah al-Quran lain semuanya basah dan ada yang rosak kerana ditenggelami banjir.
"Malah, almari yang saya letakkan al-Quran juga mengalami kerosakan akibat ditenggelami air," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Mengulas lanjut, pensyarah berasal dari Raub, Pahang itu yang digelar 'ulat buku' oleh rakannya berkata, pengalaman itu kali pertama dalam hidupnya dan tidak menyangka berlaku di depan matanya sendiri.
"Saya bersyukur kerana dipilih Allah melihat al-Quran tidak basah walaupun tenggelam, lagipun al-Quran yang saya beli di Madinah pada 2011 ini sentiasa saya baca.
"Kejadian ini menambah kekuatan kepada saya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah," katanya.
Ditanya jumlah kerugian dialami, Zahaitun Mahani berkata, beliau tidak begitu memikirkannya kerana lebih fokus kepada koleksi buku dan lukisannya.
"Rumah saya ini bagaikan perpustakaan kedua kerana ada lebih 300 buku, selain lukisan kerana saya minat melukis dan membaca, jadi jumlah kerugian saya tidak pasti," katanya.
Sementara itu, rakannya, Siti Tafzil Meriam Sheikh Abdul Kadir, 43, yang turut bersama Zahaitun Mahani membersihkan rumah mengakui terkejut dan turut menangis selepas melihat naskhah al-Quran itu terpelihara berbanding yang lain.
Pegawai Penyelidik UMT itu berkata, pengalaman itu bagaikan mimpi kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini.
"Situasi ini bagaikan mimpi, namun ia ya rezeki buat saya selepas membantu rakan membersih dan mengemas rumah," katanya yang sedih banyak buku rakannya itu rosak dan basah ditenggelami banjir.
https://www.bharian.com.my/berit ... jir-sedikit-pun-tak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|