View: 3658|Reply: 10
|
APA YANG BERLAKU KAT LIDO SABTU LEPAS?
[Copy link]
|
|
salam johorian
sabtu lepas... waktu petang, hujang renyai2, aku nak ke bandar...
sampai kat lido... depan pusat Islam, ade banyak kereta park tepi, ke jalan menghala ke skudai.
ade jeep polis, JPA, bomba... ade bot bomba gak...
ade kemah kecik....
dan orang berkerumun di satu tempat sambil sanggup berpayung tengok sesuatu dari tebing...
area situ dalam kawasan pembinaan tambak...
aku nak tau sangat...ade ape ek? macam ade kes je...
aku nak benti tak leh, aku ngan bapak aku...
kalau aku sorang, sure aku pun nak nyibuk gak...
anyone? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuar kat berita malam tadi...sorang pekerja menambak kawasan kat situ termasuk dalam pasir jerlus & ditemui lemas.....nanti check balik kat surat khabar... |
|
|
|
|
|
|
|
aah, ada kuar berita.
pekerja jengkaut maut.
sian anak-anak dia. ada 4 org yg masih kecil.
ada pakcik kat kedai mamak masa aku bekpes tadi ckp ~ jembalang selat tebrau dah minta korban sempena hari raya qurban.
hampeh~ |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat pekerja projek mega hilang ditemui
Oleh NASRI JAMALUDIN
[email protected]
NORLAILA bersama empat orang anaknya menunggu jenazah Mohd. Nor di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
JOHOR BAHRU – Selepas dilaporkan hilang lebih 48 jam lalu, mayat seorang operator jentera pengorek pasir, Mohd. Nor Miskam ditemui pagi semalam kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa tenggelam di kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini.
Mayat Mohd. Nor, 36, ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh pasukan penyelamat yang menjalankan kerja-kerja mencari sejak malam Jumaat lalu.
Pegawai Bomba Tinggi (Operasi), Balai Bomba Johor Bahru, Aminah Saiman berkata, ketika ditemui mayat Mohd. Nor berada dalam keadaan terapung berhampiran pelampung penyedut pasir.
“Pasukan bomba pergi ke kawasan tersebut dan menemui mayat mangsa yang telah kembung tapi lengkap berpakaian.
Menurut beliau, mayat Mohd. Nor kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
Menurut beliau, jentera pengorek pasir yang tenggelam bersama Mohd. Nor juga telah ditemui namun ia belum dinaikkan.
Sementara itu, bapa mangsa, Miskam Yusof, 68, berkata, dia tidak menyangka anak bongsu daripada tiga beradik itu akan menemui ajal dengan cara demikian.
Kata warga emas itu, 20 hari sebelum kejadian, Mohd. Nor terlibat dalam kemalangan jalan raya di Simpang Renggam.
“Dalam kejadian itu, Mohd. Nor tidak mengalami kecederaan parah walaupun kereta yang dipandunya remuk teruk,” katanya.
Miskam memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian arwah menghubunginya kerana mendakwa menghadapi masalah berkaitan wang untuk membayar sewa rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh...
takziah pada keluarga mangsa...
al-fatihah pada si mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah buat keluarga mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
cian...adik aku pon menyibuk gak hari sabtu tu kt ctu...sambil tggu bini dia habis exam...cari mmg xjumpa...jenkaut dia jumpa dh tp orgnya xde...ingatkan terhempap jenkaut dia....
Takziah buat isteri dan anak2 dia...xde ke yg nk buat tabung utk bantu keluarga dia ni...dgr kata ada masalah kewangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kata sumber2 polis, ( wallahualam ) selain jengkaut tk di jumpai, 2 buah lori pun tenggelam sama...
biasalah nk buat keje2 cmni misti ader yg terkorban...
sepital dpn laut ni pon bila nl renovate ( major ) misti ader yg DIE...
supernatural |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# PrintChez
rajin2lah baca surat kabar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah utk keluarga..
Al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sangat pelik kawasan tu. Pegawai aku yg bertanggungjawab memastikan projek tu tak mencemarkan alam sekitar mmg ade tangkap gambar sebelum n selepas kat kawasan tu.. Hilang terus pasir yang menimbun kat tepi tu.. Hanya tinggal tembok batu... sangat menakjubkan... Kemanakah hilang pasir di tepi Lido itu? jeng jeng jeng... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|