CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Terengganu] 'Banjir kali kedua memusnahkan harta benda kami'

[Copy link]
Post time 29-12-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Azmi menunjukkan ketinggian air yang memasuki rumahnya di Kampung Pulau Rusa Hilir ketika banjir minggu lalu.NSTP/FAIZUL AZLAN RAZAK

KUALA TERENGGANU: Selepas dua kali berdepan musibah tahun ini, penduduk Kampung Pulau Rusa Hilir, di sini, berharap tiada lagi banjir besar melanda kawasan mereka dalam masa terdekat.

Kali pertama mereka dilanda banjir pada Februari lalu, namun ia tidak seteruk yang berlaku minggu lalu sehingga ada dalam kalangan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Malah, musibah yang melanda kampung itu minggu lalu juga disifatkan agak luar biasa selepas kali terakhir bah besar melanda kampung itu 35 tahun lalu.

Penduduk, Mohd Asrul Fahmi Shamsuddin, 28, berkata air deras yang masuk ke dalam rumah ibu bapanya menyebabkan mereka gagal menyelamatkan harta benda termasuk barangan kedai runcit.


Dia yang bekerja di sebuah hotel di bandar raya ini berkata, mereka sudah melakukan persiapan rapi dengan meletakkan barangan di tempat tinggi, namun jangkaan meleset apabila banjir kali kedua berlaku di luar jangka apabila air naik hampir dua meter dalam kedai runcit dan dapur rumah.

"Banyak perabot dapur terpaksa dibuang kerana rosak, selain barangan runcit yang gagal diselamatkan.

"Saya berharap tiada lagi banjir dalam masa terdekat kerana barang yang ada masih belum habis dikemas," katanya.

Seorang lagi penduduk, Azmi A Ghani, 66, berkata banjir kali kedua di kampung itu menyebabkan penduduk mengalami kerugian besar apabila perabot rumah terpaksa dibuang akibat banjir.

Katanya, mereka tidak menduga paras air banjir sehingga dua meter memasuki kediaman yang didiami 40 tahun lalu itu.

"Ada juga barangan rosak ketika banjir kali pertama awal tahun ini, namun ia tidak seteruk minggu lalu kerana air terlalu laju hingga kami hanya sempat selamatkan barangan penting saja.

"Kemungkinan gelombang seterusnya akan berlaku dan saya harap tidak terjadi di kampung ini. Begitupun, kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengalihkan barangan di tempat selamat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... an-harta-benda-kami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.369459 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list