View: 409|Reply: 0
|
[Terengganu]
Banjir kilat landa Kuala Terengganu, Kuala Nerus
[Copy link]
|
|
Samsiah Muda, 63, dan cucunya mengalihkan pasu bunga ke kawasan lebih tinggi berikutan banjir kilat di Kampung Telaga batin,Kuala Nerus, Kuala Terengganu, hari ini.
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
8 Januari 2023, 4:30 pm
KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan penempatan penduduk di daerah ini dan Kuala Nerus dilanda banjir kilat pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Seri Intan, Kuala Terengganu, Taman Perumahan Murni Permai di Tok Jembal, Kuala Nerus dan beberapa kawasan rendah sekitarnya.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
“Air dilaporkan naik sekejap dan sudah surut selepas hujan lebat reda.
“Bagaimanapun, semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam jawatankuasa pengurusan bencana negeri sentiasa berwaspada dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan hanya satu sungai sahaja yang melepasi tahap bahaya ketika ini.
Stesen bacaan di Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu mencatatkan bacaan paras air setinggi 8.55 meter mengatasi tahap bahaya iaitu 8.40 meter.
Bagaimanapun, 23 stesen sukatan paras air sungai lain yang dikendalikan JPS masih menunjukkan bacaan paras normal. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ganu-kuala-nerus-2/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|