View: 446|Reply: 0
|
Faisal penjaring terbanyak AFF
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/faisal09_1673242201.jpg)
Faisal Halim. -FOTO NSTP
Bangkok: Dengan empat gol yang berjaya dihasilkan setakat ini, 'ayam tambatan' Harimau Malaya, Faisal Halim sudah boleh bergelar penjaring terbanyak Piala AFF dalam tiga edisi iaitu pada 1998, 2008 dan 2020.
Tiga edisi terbabit menyaksikan penjaring terbanyak kempen menjulang gelaran terbabit dengan hanya menjaringkan empat gol iaitu pemain Myanmar, Myo Hiang Win pada 2008.
Tiga pemain berkongsi gelaran pada 2008 iaitu Budi Sudarsono (Indonesia), Agu Casmir (Singapura) serta penyerang Thailand, Teerasil Dangda yang masih beraksi pada kempen kali ini.
Edisi 2020 menyaksikan empat pemain berkongsi gelaran penjaring terbanyak iaitu Safawi Rasid (Malaysia), Bienvenido Maranon (Filipina) dan Chanathip Songkrasin dan Teerasil.
Menuju aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini, tumpuan pasti terarah kepada perebutan penjaring terbanyak antara Faisal dan juga Teerasil.
Teerasil hanya berkelebihan satu gol mengatasi Faisal ketika ini dan penyerang veteran itu tampak berada pada landasan terbaik untuk memburu gelaran penjaring terbanyak Piala AFF buat kali kelima.
Statistik kedua dua pemain ini nampak 'unik' namun apa yang pasti, kedua dua pemain ini nampak sukar untuk digantikan dengan impak yang ditonjolkan buat pasukan masing masing.
Meskipun Faisal kurang satu gol berbanding Teerasil namun keempat- empat gol pemain baharu Selangor FC (SFC) itu dijaringkan tanpa sebarang penalti - tiada bantuan gol dihasilkan.
Faisal meledak gol kemenangan buat negara ketika berdepan Myanmar dan juga aksi separuh akhir pertama berdepan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Dua daripada gol Teerasil diledak menerusi sepakan penalti namun pemain itu turut membantu melakar dua bantuan gol menjadikan dia terbabit dalam tujuh gol buat skuad 'Gajah Perang' bagi kempen kali ini.
Teerasil 'membuka pintu' untuk pasukannya apabila meledak gol pembukaan ketika berdepan Filipina dan Kemboja selain meledak gol terpantas pada kempen kali ini (minit ketiga).
Jelas kedua dua pemain memberikan sumbangan cukup signifikan kepada pasukan masing masing, jadi gelaran penjaring terbanyak akan 'jatuh' kepada siapa nanti?
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aring-terbanyak-aff |
|
|
|
|
|
|
| |
|