View: 333|Reply: 0
|
[Terengganu]
Buruh tak mengaku rogol remaja di kawasan padang bola
[Copy link]
|
|
Muhammad Tarmizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol remaja bawah umur. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Kuala Terengganu: Buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan.
Tertuduh, Muhammad Tarmizi Sulong, 23, membuat pengakuan itu sebelum memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan di kawasan padang bola di daerah ini pada 8.30 malam, 1 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kawasan-padang-bola |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|