CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Terengganu] RM38.2 juta nilai kerugian mangsa banjir di Terengganu

[Copy link]
Post time 11-1-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Antara kawasan banjir di Besut pada Disember lalu. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Kontinjen Terengganu menerima sebanyak 6,923 laporan polis daripada orang awam yang terkesan banjir di seluruh negeri ini dengan keseluruhan anggaran kerugian sebanyak lebih RM38.2 juta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata jumlah laporan polis serta anggaran kerugian berkenaan adalah yang diterima setakat Isnin lalu.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut adalah yang tertinggi menerima laporan daripada mangsa banjir iaitu sebanyak 2,471 laporan dengan anggaran kerugian sebanyak RM13,618,311.

"Daerah kedua tertinggi adalah Hulu Terengganu dengan 732 laporan membabitkan kerugian sebanyak RM12,013,300 diikuti Kemaman (871 kes, kerugian RM4,071,920) dan Dungun (498 kes, kerugian RM3,202,405.03).

"Daerah lain adalah Setiu dengan 454 laporan membabitkan kerugian sebanyak RM2,003,460 dan Marang, 220 laporan dengan anggaran kerugian, RM562,600.

"Nilai keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM38,204,616.03 dengan jumlah laporan 6,923," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.

Katanya, nilai kerugian berkenaan adalah jumlah anggaran yang dibuat mangsa dalam laporan mereka.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md ISA. - Foto NSTP/Zaid Salim

Bagaimanapun, katanya pihaknya percaya nilai kerugian yang dialami melebihi daripada jumlah berkenaan memandangkan terdapat laporan yang dibuat mangsa tanpa menyatakan jumlah kerugian yang dialami mereka.

Selain itu katanya, ada juga laporan yang hanya menyatakan jenis kerosakan untuk rujukan agensi berkenaan.

Dalam pada itu katanya, seramai 154 pegawai dan anggota polis Terengganu turut terkesan banjir membabitkan kerugian harta benda dialami mangsa bernilai hampir RM1 juta.

"Bantuan kepada mereka yang terbabit dengan banjir sudah diagihkan menerusi ketua polis di setiap daerah," katanya.

Menurut Rohaimi, empat premis polis membabitkan pondok dan balai di tiga daerah juga terjejas akibat banjir.

Katanya, premis terbabit adalah Balai Polis Kuala Jengai di Dungun, Balai Polis Manir (Kuala Terengganu), Balai Polis Trafik di Jertih dan dan Pondok Polis Tenang di Hulu Besut.
https://www.bharian.com.my/berit ... anjir-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.282976 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list