CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga beranak jual dadah ditahan

[Copy link]
Post time 27-1-2023 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Tiga beranak jual dadah ditahan

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI27 Januari 2023 11:14am






Mohd Nor (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada tiga beranak tersebut pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Tengah pada Jumaat.




BUKIT MERTAJAM - Tiga beranak ditahan disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah jenis ganja dan heroin di sekitar daerah Seberang Perai Tengah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Nor Daud berkata, sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka ditahan dalam dua serbuan antara jam 9 hingga 10.30 pagi pada 24 Januari lalu.

Menurutnya, dalang sindiket yang merupakan bapa ditahan dalam serbuan pertama ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah taman permainan di Bukit Minyak di sini.

"Suspek pertama berusia 49 tahun ditahan bersama satu ketulan mampat ganja seberat 7.2 gram bernilai RM550 pada jam 9 pagi.

"Ketika ditahan, suspek sedang memegang dadah tersebut dipercayai untuk urusan jual beli.

"Susulan daripada itu, polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Bukit Mertajam dalam serbuan pada jam 10.30 pagi.

"Dalam serbuan itu, polis menahan isteri suspek yang berusia 53 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini pada Jumaat.

Mohd Nor berkata, di dalam rumah tersebut, polis merampas empat ketulan mampat ganja seberat 1,363 gram bernilai RM20,650 dan 18 peket heroin seberat 2,209 gram bernilai RM32,065.




"Dadah yang dirampas bernilai RM53,265 manakala dua buah motosikal jenis SM Sport dan Honda EX5 bernilai RM6,000 disita. Nilai jumlah keseluruhan dadah dan sitaan adalah RM59,265.

"Kesemua mereka bergiat aktif sejak awal tahun lalu yang mana, kita percaya bekalan dadah tersebut diambil dari negara jiran untuk pasaran tempatan," katanya.

Kata beliau, ujian saringan air kencing ketiga-tiga suspek negatif dadah.

"Semakan rekod mendapati, suspek pertama yang bekerja sebagai buruh kasar mempunyai lapan rekod lampau.


"Anaknya yang tidak bekerja mempunyai dua rekod jenayah manakala isteri suspek yang merupakan suri rumah tidak mempunyai rekod.

"Kesemua dadah tersebut boleh digunakan oleh 3,579 jika terlepas di pasaran," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 31 Januari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.121680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list