CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Kedah] Dicekup ketika sedang bertaruh

[Copy link]
Post time 28-1-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

POLIS dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Kedah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Kuala Muda dan menahan sembilan lelaki termasuk penganjur yang terbabit dalam aktiviti perjudian dalam Op Dadu/Op Limau. FOTO Ihsan PDRM

Alor Setar: Sekumpulan lelaki yang sedang asyik bermain judi di sebuah premis di kawasan Sungai Petani terkejut sebaik polis menyerbu lokasi terbabit, awal pagi tadi.

Kesemua sembilan lelaki termasuk seorang penganjur berusia antara 20 hingga 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dalam Op Dadu/Op Limau.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan dilakukan pada jam 2.45 pagi berdasarkan maklumat dan risikan yang dilakukan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, aktiviti perjudian itu sudah berlangsung selama dua hari.

"Suspek pertama yang berusia 47 tahun mengaku menganjur judi berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati, kesemua mereka adalah penduduk tempatan di sekitar kawasan itu.

"Turut dirampas, dua buah meja, sembilan kerusi, 52 daun pakau, wang tunai di atas berjumlah RM16,100 serta wang tunai sebanyak RM4,884 serta beberapa peralatan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Hassan berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ika-sedang-bertaruh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.049571 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list