CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cadang tender kepada adik, pegawai kesihatan persekitaran dipenjara sehari, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 31-1-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Cadang tender kepada adik, pegawai kesihatan persekitaran dipenjara sehari, denda RM10,000


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 31, 2023 @ 2:17pm [email protected]




Pegawai Kesihatan Persekitaran, Sumardi Yazid, 41, dipenjara sehari serta denda RM10,000




BUTTERWORTH: Seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran dipenjara sehari dengan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah pada 2016.

Tertuduh, Sumardi Yazid, 41, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan pilihan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Persekitaran Gred U29 di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Tengah, menerima wang tunai RM5,200 daripada adik lelakinya sebagai dorongan mencadangkan syarikat milik saudaranya itu dipilih membekalkan barangan am kepada PKD terbabit pada 8 Mac 2016.

Tertuduh didakwa mengetahui adanya perhubungan adik kandung dalam syor yang dibuat berkaitan tugas rasmi membabitkan dirinya dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh kini bertugas sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan Unit Kawalan Vektor.

Peguam tertuduh, Ang Chun Phun dalam rayuan pembelaan memohon anak guamnya diberi hukuman ringan kerana dia perlu menanggung isteri, seorang anak berusia 14 tahun selain ibu mertua yang menghidap serangan angin ahmar turut tinggal bersama mereka.

Beliau memaklumkan Sumardi kini telah digantung tugas dan tindakannya mengaku bersalah dalam situasi yang disifatkan membantu menjimatkan masa mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee, bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman setimpal memandangkan tertuduh merupakan penjawat awam dan kesalahan membabitkan rasuah adalah serius dengan mengambil kira kepentingan masyarakat serta perlu dibendung.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh dipenjara sehari dan denda RM10,000. Tertuduh menjelaskan denda yang dikenakan itu.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.516580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list