CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Kelantan] Jangan terpedaya tawaran milikan lesen kenderaan palsu

[Copy link]
Post time 5-2-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

M Janagarajan (dua dari kanan) melihat sebahagian bas ekspress selepas majlis penutup Kursus Pembangunan Pasukan Kepada Jurupandu Perkhidmatan Bas Ekspres Konsortium E-Mutiara Berhad di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur hari ini. FOTO BERNAMA

Kota Bharu: Kemunculan scammer yang menawarkan pemilikan lesen kenderaan palsu menerusi laman sosial dikesan masih berleluasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M Janagarajan berkata, aduan masih lagi diterima oleh pihaknya dan mengingatkan supaya orang ramai untuk tidak mudah terpedaya.

"Modus operandi yang dijalankan menerusi media sosial dengan mengatakan lesen kenderaan yang diproses adalah sah.

"Bagaimanapun lesen yang didakwa sah itu sebenarnya tidak wujud dan tiada dalam sistem JPJ walau secara fizikalnya, ia kelihatan sah.

"Mungkin untuk penggunaannya dalam jangka masa singkat akan 'menyelamatkan' pengguna tapi akan bermasalah jika pihak berkuasa berjaya mengesan atau untuk memperbaharui lesen," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Janagarajan berkata, selain menerima lesen kenderaan yang palsu, ada juga dalam kalangan pengguna yang langsung tidak menerima sebarang lesen menyebabkan wang hangus begitu sahaja.

Katanya lagi, pihaknya menerusi Bahagian Perlesenan Pemandu sentiasa mengesan kewujudan scammer dengan mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sebaik penjenayah (scammer) berjaya dikesan, kita akan buat laporan polis sebelum tindakan mahkamah diambil," katanya.

Terdahulu beliau hadir merasmikan kursus pembangunan pasukan kepada jurupandu perkhidmatan bas ekspres Konsortium E-Mutiara Berhad di Dewan Dato' Hamzah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur, di sini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan, Muhammad Kifli Ma Hassan; Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail.

Mengenai kursus pembangunan pasukan kepada jurupandu perkhidmatan bas ekspres, M Janagarajan berkata, inisiatif itu bukan bersifat mandatori tapi digalakkan kepada pengusaha kenderaan yang lain.

"Tujuannya adalah bagi mendisiplinkan pemandu dengan mendedahkan mereka kepada garis panduan baharu dan memastikan kadar keselamatan jalan raya di tahap paling tinggi.

"Menerusi kerjasama dengan Akademi Pengangkutan Jalan, modul baharu sedang dibuat bergantung kepada situasi semasa dan kita juga akan kenalpasti tenaga pengajar yang mahir untuk terbabit dalam kursus di masa hadapan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sen-kenderaan-palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071821 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list