CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Kelantan] Ditahan sebelum sempat seludup petrol

[Copy link]
Post time 5-2-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode

Sejumlah tong mengandungi petrol yang diisi di beberapa stesen minyak di Kota Bharu ditemukan dalam kereta Proton Iswara Aeroback dipercayai untuk diseludup ke Thailand. NSTP/Ihsan KPDN

TUMPAT: Lelaki dipercayai penyeludup ditahan di Kampung Palekbang, di sini, malam tadi, ketika dalam perjalanan untuk menghantar petrol ke pangkalan haram untuk diseludup.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Kelantan sempena Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarah KPDN negeri Kelantan, Azman Ismail, berkata penahanan dilakukan pada jam 8.30 malam selepas mengekori suspek yang membuat pengisian petrol di beberapa stesen minyak di Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kenderaan Proton Iswara Aeroback itu. kami menemui kira-kira 500 liter petrol yang diisi dalam beberapa tong dengan anggaran nilai RM1,025.

"Daripada soal siasat, lelaki terbabit mengaku sudah lama menjalankan aktiviti ini dan hampir ditahan tiga bulan lalu atas kesalahan sama namun berjaya lolos.

"Lelaki itu memberitahu petrol yang diisi dengan harga RM2.05 seliter itu dijual pada harga RM2.80 seliter kepada pemandu bot di pangkalan haram di Sungai Golok sebelum diseludup ke Thailand," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyita kereta yang digunakan dan lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

https://www.bharian.com.my/berit ... mpat-seludup-petrol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list