CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Kelantan] Sudah lali dengan banjir

[Copy link]
Post time 5-2-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode
RANTAU PANJANG: Penduduk Kampung Tersang, di sini, mengakui sudah lali berdepan banjir, malah kejadian terbaru banjir yang melanda sejak petang semalam tidak lagi mengejutkan.

Tinjauan ke penempatan itu, semalam, mendapati keseluruhan pekarangan rumah penduduk digenangi air separas 0.5 meter walaupun hanya menerima hujan dalam tempoh sehari, menyebabkan penduduk mula memasang titi untuk memudahkan mereka menyeberangi air ke jalan utama.

Penduduk, Mohd Nawi Abdullah, 53, berkata dia sudah mengagak banjir akan melanda apabila hujan berlaku dengan lebat semalam, selain paras air Sungai Lachang berdekatan kampung mereka semakin naik.

Katanya, kebanyakan penduduk di sini belum menurunkan barangan yang disimpan ketika bah melanda Disember lalu, begitu juga dengan dia sekeluarga.


"Jadi, banjir kali ini kami lebih bersedia, namun dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang air naik mendadak.

"Sebenarnya, hari ini cuaca elok sahaja tetapi air tiba-tiba naik seolah-olah penempatan kami menerima hujan yang lebat. Bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa Sungai Golok juga berada pada paras yang tinggi susulan hujan yang berlaku di sebelah hulu.

"Saya cuma berharap agar banjir yang melanda ini tidak berlarutan kerana kami sudah penat untuk berpindah selain tidak sanggup lagi kehilangan harta benda," katanya ketika ditemui di Kampung Tersang, di sini, semalam.

Sementara itu, bagi Roslan Awang, 42, dia mengakui tidak mampu untuk tidur lena kerana bimbang air terus bertambah tinggi kerana biasanya banjir melanda pada tengah malam.

"Rasanya kami akan terus 'dihantui' rasa bimbang setiap kali hujan lebat jika pihak bertanggungjawab dengan projek benteng yang dibina berdekatan penempatan kami belum mencari inisiatif terbaik.

"Saya tak nak salahkan sesiapa, tetapi projek terbabit menjadi alasan utama kami di sini merana. Semoga cuaca akan kembali baik agar banjir besar seperti beberapa bulan lalu tidak kembali lagi," katanya.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok, di sini, melepasi paras amaran dengan bacaan 8.85m setakat jam 10.30 pagi ini.

Media sebelum ini melaporkan, penduduk di 62 kampung di seluruh Rantau Panjang mengakui kecewa dengan pembinaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang dianggap gagal.

Penduduk mendakwa sejak pembinaan benteng dimulakan pada 2018, keadaan banjir di kampung itu menjadi semakin teruk dengan kemuncaknya pada Disember tahun lalu apabila hanya tujuh kampung di Parlimen Rantau Panjang terselamat daripada bencana alam itu.

Malah, masalah berkenaan juga sudah mendapat perhatian Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang turun padang melihat sendiri projek PLSB dan mendengar keluhan rakyat yang menjadi mangsa pada 21 Januari lalu.


Beberapa penempatan rendah sekitar Rantau Panjang, termasuk Kampung Tersang dan Kampung Luar digenangi air sejak semalam. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

https://www.bharian.com.my/berit ... -lali-dengan-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.135411 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list