CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 1

[Kedah] Jijiknya perangai tunjuk 'anu'...

[Copy link]
Post time 5-2-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Jijiknya perangai tunjuk 'anu'...


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



RAKAMAN video lelaki menunggang motosikal sambil menunjukkan kemalua. FOTO Ihsan Nur Wahida Ahmad




Yan: Dua wanita bersaudara berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, hari ini.

Nur Wahida Ahmad, 27, berkata, kejadian berlaku 11.30 pagi ketika dia bersama anak saudara perempuannya berusia 20 tahun pulang dari kursus kulinari di Guar Chempedak dengan menunggang motosikal.

Katanya, sebaik tiba di Batu 22, Teroi, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba menunggang motosikal bersebelahan mereka sambil membuka zip seluar dan memegang kemaluannya.

"Ketika itu ada sebuah kereta di belakang dan lelaki itu menunggang motosikal terus ke hadapan dan ketika itu saya ingat dah selamatlah.

"Namun tidak lama kemudian dia berhenti di tepi jalan dan mengekori kami di belakang menyebabkan saya sempat merakam aksi lelaki itu sebelum kami terus pulang ke rumah dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan tidak lama kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nur Wahida, dia masih trauma dengan apa yang berlaku kerana berdasarkan maklumat orang ramai, ramai wanita yang di kawasan itu pernah mengalami nasib sama.

"Lelaki itu menunggang motosikal Yamaha Y15 biru tanpa nombor pendaftaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini pihaknya sedang mengesan suspek.




Disiarkan pada: Februari 5, 2023 @ 5:21pm
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2023 08:01 PM | Show all posts
Lelaki tunjuk 'anu' dicekup polis


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.




Yan: Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya terhadap dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, hari ini.

Suspek ditahan kurang dari lima jam selepas kejadian berlaku di Batu 22, Teroi, dekat sini sebelum mangsa membuat laporan polis.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Ego Solaris.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang tadi.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahnaz berkata, pengadu iaitu wanita yang berusia 27 tahun bersama anak saudara perempuan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian.

Dalam kejadian hari ini, dua wanita bersaudara cemas apabila terserempak dengan lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas mengikuti kursus kulinari di Guar Chempedak, hari ini.


Disiarkan pada: Februari 5, 2023 @ 6:55pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list