CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 1

[Kedah] Runtuhan semakin parah

[Copy link]
Post time 6-2-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Runtuhan semakin parah


Izad Thaqif Hassan
[email protected]



KEADAAN terkini runtuhan tanah yang berlaku di Taman Cengal Indah, Kulim sejak 2021. FOTO IZAD THAQIF HASSAN




Kulim: Sejak dua tahun lalu, runtuhan cerun bukit dan hakisan tanah 'menghantui' penduduk di sekitar Taman Cengal Indah di sini, menyebabkan mereka sukar melelapkan mata terutama setiap kali hujan lebat melanda.

Apakan tidak, runtuhan yang dulunya sedikit kini semakin membesar sehingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk teres setingkat di kawasan itu kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawa atau mengundang kejadian tidak diingini.

Penduduk, Wong Chun Keat, 61, berkata, runtuhan tanah ini berlaku sejak 2021 dan ia semakin serius dari sehari ke sehari terutama apabila hujan lebat melanda.

Menurutnya, sebaik melihat runtuhan dan hakisan tanah yang semakin teruk dia bersama penduduk sekitar membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Kulim, Yeo Keng Chuan dan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).

"Selepas membuat aduan, kedua-dua pihak (Adun dan MPKK) ada datang meninjau namun penduduk diberitahu MPKK terpaksa menunggu peruntukan untuk membaik pulih kawasan runtuhan itu.

"Namun, sehingga kini penduduk masih menanti kerja baik pulih seperti dijanjikan dan kami amat berharap supaya ia dapat dilaksanakan segera kerana hakisan tanah semakin teruk," katanya.

Menurutnya, dia serta ahli keluarga paling bimbang berikutan rumah didiami paling hampir dengan runtuhan.

"Rumah saya paling hujung dan jarak dengan tanah runtuh itu hanya kira-kira tiga meter sahaja membuatkan kami sekeluarga tidak dapat tidur lena.

"Tidak mustahil sekiranya dibiarkan, ia (runtuhan) akan melarat menjadi semakin besar, sekali gus mengundang kejadian lebih buruk sehingga mengancam nyawa penduduk," katanya.

Sementara itu, Ishak Yahya, 73, berkata, dia menetap di kawasan terbabit sejak 2000 dan runtuhan tanah yang berlaku itu dilihat semakin 'parah' sehingga menghasilkan lubang sangat besar.

"Longkang di kawasan ini menampung air untuk semua taman perumahan di sini dan agak curam menyebabkan air hujan mencurah dengan kuat...lama-kelamaan berlaku hakisan di kawasan itu.

"Hakisan teruk dikesan dua tahun lalu sehingga menyebabkan terbentuknya lubang dianggarkan setinggi bangunan tiga tingkat dan ia amat membimbangkan kami sebagai penduduk di kawasan ini kerana apa sahaja boleh berlaku terutama setiap kali hujan lebat," katanya.

Menurutnya, dia amat berharap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan segera dan mengambil tindakan serius bagi menanganinya kerana ia dikhuatiri akan menimbulkan situasi lebih buruk kelak.




Disiarkan pada: Februari 6, 2023 @ 7:05am














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2023 09:52 AM | Show all posts
Sudah bina lencongan parit


Izad Thaqif Hassan
[email protected]



KEADAAN runtuhan tanah yang berlaku di Taman Cengal Indah, Kulim. FOTO Izad Thaqif Hassan




Kulim: Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sudah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja pembinaan lencongan parit bagi menangani masalah runtuhan cerun bukit dihadapi penduduk di Taman Cengal Indah di sini, sejak 2021.

Yang Dipertua MPKK, Dr Nadzman Mustaffa berkata, pembinaan itu sudah bermula sejak 30 Januari lalu.

"Langkah ini adalah fasa awal pemulihan cerun sebelum kita memperoleh peruntukan untuk proses pembaikan menyeluruh yang memerlukan kos tinggi.

"Setakat ini, kita juga sudah mengemukakan anggaran perbelanjaan untuk kerja pemulihan cerun terbabit serta membuat permohonan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebelum ini MPKK sudah menjalankan pemantauan sejak Mei 2021 selepas menerima aduan daripada wakil penduduk dan beberapa pelan tindakan awal sudah dijalankan bagi menangani masalah itu.

"Antara tindakan yang sudah diambil termasuk mengenal pasti status tanah yang terbabit dengan kesan runtuhan dan melakukan tinjauan dari semasa ke semasa.

"Kita turut melakukan lawatan fizikal di tapak runtuhan itu yang membabitkan agensi dan jabatan teknikal," katanya.

Nadzman berkata, MPKK turut melakukan tindakan awal dengan menutup kesan runtuhan menggunakan plastik kanvas pada permukaan cerun untuk melindungi hakisan daripada hujan.

"Selain itu, kita juga turut melantik perunding juruukur tanah bagi menjalankan kajian kes dan reka bentuk projek pada tahun lalu.

"Kita sedia maklum dengan masalah ini (runtuhan) dan sentiasa peka serta memahami kebimbangan penduduk sekitar mengenainya," katanya.

Difahamkan, enam rumah penduduk dengan lima daripadanya berpenghuni paling hampir serta terkesan dengan runtuhan tanah berkenaan yang dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada mereka.

"Jika dibiarkan, runtuhan boleh mendatangkan mudarat serta ancaman kepada 15 kediaman sekitar dengan jumlah keseluruhan penduduk dianggarkan seramai 60 orang.

"Jadi, MPKK yang bimbang dengan keselamatan penduduk kawasan itu sedang mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan peruntukan dengan segera selain melakukan kerja-kerja awal bagi mengelak runtuhan cerun bukit itu daripada menjadi lebih teruk," katanya.


Disiarkan pada: Februari 7, 2023 @ 7:00am
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.254314 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list