CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Terengganu] Bekalan telur ayam Terengganu ditingkatkan menjelang Ramadan.

[Copy link]
Post time 8-2-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Nurman (dua dari kiri) membantu pengguna membeli telur ayam pada program JTDL Masjid Al-Ikhwan di Kampung Gelong Bilal, Kuala Terengganu hari ini.


Bekalan telur ayam Terengganu ditingkatkan menjelang Ramadan.


KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu bercadang untuk meningkatkan lagi bekalan telur ayam kepada 5,000 papan seminggu menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba akhir April depan.

Pengarah FAMA negeri, Nukman Hashim berkata, inisiatif tersebut bagi memenuhi permintaan pengguna tempatan yang sudah pasti bakal meningkat pada bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Buat masa ini, FAMA Terengganu membekalkan 3,000 papan atau 90,000 biji seminggu bagi mengatasi kekurangan telur ayam yang pernah berlaku sebelum ini.

“Begitupun, kami akan memohon untuk meningkatkan bekalan kepada 5,000 papan atau 150,000 biji seminggu pada bulan Ramadan ini,” katanya pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Masjid Al-Ikhwan di Kampung Gelong Bilal di sini hari ini.

Nukman berkata, bekalan telur ayam tersebut diperolehi daripada pembekal dari Melaka.

Jelas beliau, ia disebabkan Terengganu masih belum memiliki industri penternakan ayam penelur.

FAMA Terengganu telah mengambil inisiatif membekalkan telur ayam secara konsisten kepada rakyat melalui outlet-outlet peruncitan agensi itu di seluruh negeri ini mulai bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... -menjelang-ramadan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.048849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list