View: 254|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Siang kerja tukang cuci, malam melacur
[Copy link]
|
|

SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan imigresen. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Georgetown: Enam wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan persundalan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang, di sini.
Kesemua wanita berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan dalam operasi sekitar 11.30 malam tadi selepas melakukan risikan hampir seminggu lalu.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang Shah Inor Shahbudin berkata, seorang daripada wanita warga asing terbabit mengatakan dia bekerja sebagai tukang cuci bersama sebuah syarikat pembersihan pada waktu siang dan melakukan kegiatan tidak bermoral itu pada sebelah malam.
"Wanita itu didapati membawa pelanggannya pulang ke rumah atau ke lokasi lain bagi perkhidmatan persundalan.
"Kita masih menyiasat dengan lebih lanjut mengenai kegiatan (pelacuran) membabitkan wanita yang ditahan," katanya di sini, hari ini.
Shah Inor berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan kira-kira 20 warga asing dan tempatan di pusat hiburan terbabit.
"Pemeriksaan mendapati lapan warga Indonesia berusia antara 30-an hingga 40-an membabitkan dua lelaki serta enam wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cuci-malam-melacur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|