CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Kedah] Campak 9kg ganja mampat dalam laut

[Copy link]
Post time 10-2-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Campak 9kg ganja mampat dalam laut



Hamzah Osman
[email protected]



APMM menemukan sembilan kilogram ganja mampat dalam guni yang dicampak ke laut di perairan Pulau Dangli. FOTO ihsan APMM




Langkawi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas sembilan kilogram (kg) ganja mampat bernilai RM45,000 yang dibuang kumpulan penyeludup ke dalam laut ketika melarikan diri di perairan Pulau Dangli di sini, semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, sebelum itu sebuah bot gentian kaca dikesan bergerak menghala masuk ke perairan negara pada jam 10.25 malam.

"Pergerakan bot dalam keadaan gelap dan mencurigakan dari sempadan negara jiran itu pada awalnya dikesan oleh Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA).

"Berikutan itu, sebuah bot ronda dalam tugasan Op Aman diatur gerak ke lokasi untuk serbuan dan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak mencampakkan satu guni ke laut lalu memecut ke arah perairan sempadan Malaysia-Thailand.

"Pemeriksaan menemukan sembilan ketulan ganja mampat diletakkan dalam plastik berwarna emas seberat sembilan kilogram dengan anggaran nilai RM45,000.

"Semua hasil rampasan kemudian dibawa ke Jeti Maritim di Bukit Malut untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.




Disiarkan pada: Februari 10, 2023 @ 12:17pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078548 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list